Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan,
Assalamualaikum w.r.b dan Salam Sejahtera..
Merujuk perkara diatas Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur dan Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor akan mengadakan Program Gelandangan di sekitar ibukota Kuala Lumpur. Program ini merupakan salah satu aktiviti persatuan dalam program kebajikan Masyarakat.Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh : 25 Februari 2014
Masa : 11.00 malam hingga 1.00 pagi
Tempat : Sekitar ibukota Kuala Lumpur
Ahli-ahli persatuan akan mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan yang berada disekitar ibukota pada hari tersebut. Matlamat program ini ialah untuk menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota dan bagi menyampaikan mesej bahawa masih ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka.
Anggaran kos untuk sebungkus set makanan kepada seorang gelandangan tersebut ialah RM10.00. Pihak persatuan cuma meminta sumbangan RM 10.00 sahaja bagi menaja sebungkus set makanan kepada seorang gelandangan.
Sekiranya tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan RM 10.00 atau lebih bagi menjayakan program ini boleh menggunakan cara berikut:
Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN PENIAGA MAJU KL
Atau secara tunai terus kredit ke akaun Persatuan
AmBank - 076 202 200828 9
Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi AJK yang bertugas
Mohd Hasrul 0111-6269252 atau Saiful Anuar 012-2862643
Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘Kebajikan Dan Penyayang Untuk Semua’
Yang benar,
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Gelandangan
Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur(No Pendaftaran: PPM-004-14)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center, Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841 Email : pkpmkl.1@gmail.com / pkpmkl.2@gmail.com
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment