Kenyataan majikan pn Lola ni pon boleh dipertikai juga. Dengan pendapatan bersih RM1,549.38 tinggal di Lembah Kelang dan menyara 2 orang anak memang agak sukar bagi seorang ibu tunggal ini. Tanya diri kita sendiri dengan pendapatan bersih sekitar RM1,500.00 sebulan adakah cukup untuk perbelanjaan sebulan. Kata majikannya, syarikat juga boleh membantu dengan memberikan pinjaman peribadi. Rasanya dalam situasi pn. Lola ini, soal pinjaman tidak boleh dianggap sebagai bantuan. Kerana untuk menanggung 2 orang anak termasuk seorang OKU adalah soal jangka panjang. Jika pn. Lola membuat pinjaman kepada syarikat tempat dia bekerja, dia juga perlu menjelaskan bayaran pinjaman tersebut. Ini akan menambahkan lagi beban terhadap diri dia. Jika majikan itu perihatin, mereka sepatutnya memberikan bantuan khas untuk anak OKU pn. Lola tu.
Eloklah rasanya kisah pn. Lola ini dihentikan penyebarannya. Tak perlulah kita memanjangkan lagi dan terus menerus mengaibkan beliau. Beliau juga manusia yang punya perasaan dan tak lepas dari melakukan kesilapan. Ada baiknya jika ada antara kita yang begitu perihatin dan ingin menolong, berjumpa & bersemukalah dengan beliau dan tanyakan mengapa semua ini terjadi. Kalau kita tak tahu akan perkara sebenar, eloklah jangan kita terus memperkatakan kisah ini. Kekadang berita yang tersebar itu belum tentu ada kebenaran & kesahihan ceritanya.
Wallahu'alam. Mohon MAAF jika ada yang tersinggung.
======>
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
"Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
"Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<
Pada 25 Jun 2014 1:37 PTG, Pendekar Blogger pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com> menulis:
Majikan Ibu Kepada Remaja OKU Tampil Dedahkan Gaji Kakitangannya.
Kepala hotak Nurul Asyikin on Tuesday, June 24, 2014
Kali neh ibu Lola pasti akan bertambah2 tertekan.
Pertama. Semua orang kat tempat kerja dah tahu kes dia.
Kedua. Semua orang dah tahu tempat tinggal dia.
Ketiga. Semua orang dah tahu rupa paras dia.
Keempat. Semua orang dah tahu gaji dia.
Kelima. Semua orang hanya menyalahkan dia. Dan hanya dia.
Keenam. Semua orang dah tahu rupa paras anak kedua dia.
Ketujuh. Bila anak kedua dia mula bersekolah pasti ada pihak2 yang akan bertanya2.
Jadi.
Adakah dia masih boleh menetap disitu?
Adakah jiran2 tidak akan memandang serong kepadanya?
Adakah masalah akan selesai dengan serangan demi serangan?
Adakah majikannya tidak akan berhentikan ibu Lola selepas ini?
Boleh kah ibu Lola bekerja secara aman seperti sebelumnya?
Boleh kah ibu Lola berhadapan dengan tekanan dan kecaman dari masyarakat?
Aku rasa. Bingung.
Macam mana nak fahamkan situasi neh. Aku tahu tindakan ibu Lola tak betul. Tapi aku tak rasa kita patut keterlaluan dalam menyerang dia. Aku juga rasa kita patut focus isu2 bantuan kepada golongan OKU. Tapi entah la.. serangan kepada ibu Lola oleh masyarakat memang maha dasat sekarang neh..
Baca la penjelasan dari majikan si ibu Lola pula kat bawah neh ;
Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai saluran untuk membantu.Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja."Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya."Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih. – Harian Metro
__._,_.___
Posted by: tok_busu <azidusop@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment