Wednesday, June 25, 2014

RG2011... Fw: Tarif elektrik naik lagi bulan enam ini?

 



Tarif elektrik naik lagi bulan enam ini?

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
 

Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu.

MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.

"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.

"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.

"Apa yang boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yang naik dan turun," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut. 

Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini.

"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh.

"Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.

Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.

Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yang menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh).

~ The Malaysian Insider
 

penipu rakyat pkr · 

memang betul pun gas dan minyak dunia naik akibat perang timur tengah, tunggu dsai jadi pm nanti, dsai akan muruh gas harga dunia dengan tong gas 1RM aje, aku percaya dsai pasti berjaya lakukan nya, beri sokongan padu pada macai ini
 
santai · 
macai2 ni semua rare human species...depa lah the only species yang suka sangat harga mahal...dan terencat kepala hotak kalau orang berusaha nak turunkan harga dan nak bagi murah....sebab apa? kalau murah segala benda mcm mana nak rembat percent...
 
penipu rakyat pkr · 
tolong beri sokong pada dsai ya,supaya gas dan minyak dapat harga 1RM ia
 
Green Kusanagi · 
Para peniaga kecil yang berniaga dalam pasaraya2 besar seperti AEON, Tesco & sebagai sudah pun tertekan dengan kenaikan tarif yang lepas.. Dengan beban sewa yang semakin mahal setiap kali kontrak diperbaharui & ketiadaan pelanggan yang membeli-belah akibat dari kelembapan ekonomi.. Dijangkakan apabila GST dikuatkuasakan ramai yang tutup kedai.. Lepas ni yang tinggal dalam kompleks beli-belah yang besar2 ni cuma syarikat2 besar jenama antarabangsa sahaja.. Inilah kesan dari dasar globalisasi yang Dato Najib perjuangkan.. Dengan kata lain dasar yahudi..
 
penipu rakyat pkr · 
gst dah lama diperjuangkan oleh dsai ia cai semua tak berjaya atas tekanan apek dap ia, bila najib berjaya, macai macam dsai meroyan ia

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment