Anak Malaysia Enam Sekeluarga Jelajah 26 Negara Dengan Caravan
bloglist-malaysia.blogspot.
ENAM sekeluarga melambai tangan kepada kakitangan Hotel Perdana sebelum meneruskan ekspedisi 'By Road to Malaysia'.
Kota Bharu: Selepas puas melakar impian menjelajah 26 negara menggunakan laluan darat dalam tempoh 155 hari, enam sekeluarga rakyat Malaysia dari United Kingdom (UK) akan mengakhiri pengembaraan itu di tanah air sendiri.
Jamalullail Ismail, 44, jurutera mekanikal yang menetap di Seaham, Sunderland, UK bersama isteri Sofinee Harun, 38, dan empat anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, akan mengakhiri ekspedisi 'By Road to Malaysia' itu tidak lama lagi dengan menjadikan Kelantan sebagai destinasi terakhir.
Keluarga itu yang memulakan jelajah menggunakan karavan Mercedes Sprinter 1998 pada 13 Julai tahun lalu, tiba di sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam 21 Disember tahun lalu, untuk meneruskan misi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Jamalullail berkata, mereka sudah menempuh perjalanan darat sejauh 25,500 kilometer (km) merentasi 26 negara namun Malaysia paling menarik serta diingati mereka sekeluarga.
"Kami mula jelajah Malaysia sebaik tiba di Bukit Kayu Hitam dan memilih meneroka utara tanah air dulu. Pada Februari lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja jelajah kami untuk mengembara ke seluruh Malaysia.
"Perjalanan ke setiap negeri dari Kedah ke Johor, hingga Pantai Timur mengambil masa panjang kerana ada banyak tempat menarik untuk dilawati.
"Kemuncaknya ialah Kelantan sebagai destinasi terakhir sebelum ke Kuala Lumpur untuk pulang ke UK.
"Kami akan kembali ke ibu negara selepas Puteri Sabeera menduduki peperiksaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Anak kelahiran Teluk Intan, Perak, itu berkata, meskipun diuji pelbagai cabaran sepanjang perjalanan, semuanya berjaya diatasi
Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Muhammad Syameem, teruja meneroka negara kelahirannya selepas hampir 15 tahun mengikut bapanya menetap di UK.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment