Inilah padahnya !!! |
"
Rupanya duit kertas yang kita gunakan ini menjadikan kita semakin susah setiap hari. Gambar agung dalam duit kertas tu sentiasa tersenyum tapi kita yang memegang duit itu asyik pening memikirkannya. Hari2 menjadi tekanan dengan duit kertas ni.
Dulu ayah kita menyara 10 anaknya dengan gaji rm350 sebulan. Sekarang ni untuk 10 orang anak, rm3500 sekadar cukup makan pakai sahaja. Kenapa jumlah yang berbeza besarnya itu tidak memberi hasilnya yang berbeza. Sepatutnya kehidupan lagi berkualiti bila gaji dah 10 kali ganda dari gaji dulu tu? Aku rasa aku ada jawapannya!!...
Kenapa kita dipaksa gunakan duit kertas sejak dari dijajah dahulu. Sekarang ni baru aku faham kenapa! Rupanya musuh2 islam ni serang kita secara halus tanpa kita sedari. Dia serang dengan menggunakan duit jer. Duit kertas ni sebenarnya takder harga. Cuma kerajaan diarahkan utk memberi nilai pada setiap wang kertas itu untuk diperdagangkan dalam negara.
Wang kertas ni pula tertakluk dengan nilai inflasi. Setiap tahun nilai wang kertas ini akan susut dimakan inflasi. Kerana itulah, 30 tahun lalu kita boleh kesekolah dengan wang rm0.20 sen shj dan kenyang. Tapi kini, 20 sen pun tak lepas nak masuk toilet awam. Begitu rendah sekali nilai wang yang ada dalam kocek kita.
Bila nilai wang semakin susut, apa akan terjadi. Kalaulah 20 sen boleh dibawa kesekolah dengan sepinggan nasi lemak serta segelas air ketika ini, aku rasa takder kemiskinan tegar baik dibandar mahupun didesa lani. Semua orang akan rasa cukup dengan wang yang ada.
Tapi sekarang untuk kesekolah, anak2 perlu membawa sekurang2nya rm5 seorang. Jika ada 5 orang anak bersekolah? rm25 sehari trerpaksa dibelanjakan untuk mereka itu. Kenapa ini berlaku?
Sistem ekonomi ciptaan yahudi ini sebenarnya diciptakan utk menjauhkan manusia dengan agamanya terutama utk umat islam seluruh dunia. Bagi golongan berpendapatan rendah, tentulah masa 24jam sehari akan dimaksimakan mencari pendapatn untuk menampong kehidupan seharian. Selepas habis kerja biasa (8-5pm), mereka akan sambung kerja partime pula (6-10pm). Bila ini berlaku, bila masa yang mereka ada untuk bersama anak2 dirumah, bersama masyarakat serta belajar agama dimasjid2?
Semua ini adalah disebabkan tekanan hidup yang diilhamkan dari penggunaan wang kertas ini. Jika pada zaman Baginda SAW, seekor kambing berharga 1 dinar emas, dan sekarang harganya masih lagi yang sama. Jika gaji kita diberi dengan nilai emas, aku rasa cukuplah kerja 8-5pm setiap hari, 6-8pm bersama anak2 dirumah, 8-10pm bersama masyarakat dimasjid dan belajar ilmu agama disana, 10-6am berehat tidur.
Jadual seperti tu kan ideal untuk kita jalani setiap hari. Tapi musuh islam amat licik menyerang kita. dengan duit kertas inilah kita terpaksa bekerja siang dan malam, even tipu sana tipu sini untuk menyara hidup yang tak seberapa ini. Inilah bahananya kesan disebalik penggunaan wang kertas ini yang nilainya sentiasa susut dan kederat kita terpaksa digandakan 2,3 kali sehingga masa hidup kita digunakan kebanyakkannya hanya untuk mencari wang sahaja..
Yang miskin terpaksa meminta, yang sederhana terpaksa bekerja dan yang kaya terpaksa menipu.Aku? terpaksa menunggu.
Kalau anda boring! video ini mungkin boleh dilayan.
Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment