Wednesday, June 25, 2014

RG2011... Fw: dukung adik 500m selepas ditinggalkan pencuri

 



 

Gambar budak dukung adik 500m selepas ditinggalkan pencuri kereta ibu

telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot
 
Puchong: "Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang," kata seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di hadapan tempat kerjanya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kedua-dua beradik terbabit 'dibuang' penjenayah di kawasan Taman Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka dilarikan.

"Saya bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.

"Dia ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.

Walaupun nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.

"Dia menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.

"Mulanya saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong Perdana tidak jauh dari kawasan ini," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Rosdan berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai dan polis berkumpul di sekolah.

"Kami menyerahkan dua beradik kepada ibunya.

Saya dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu berjaya ditemui semua," katanya.
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, June 25, 2014 12:28 AM
Subject: Fw: Detik Cemas Seorang Ustazah Setelah Kereta Dan 2 Anak Dilarikan

Adoi!!! Detik Cemas Seorang Ustazah Setelah Kereta Dan 2 Anak Dilarikan Pelajar Sekolah, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

Detik cemas seorang Ustazah, kereta dan anak di larikan - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat.
Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan.



Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.

Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa, katanya.

Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru. HM

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment