Tuesday, November 18, 2014

RG2014... Caj arak: MAS-Henti tipu penumpang Islam

 

Caj arak: Henti tipu penumpang Islam
  • PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera. PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera.
1 / 1

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat penerbangan MAS supaya menghentikan caj arak dalam tiket pesawat.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, caj itu memperlihatkan MAS menipu penumpang terutama pengguna Islam yang tidak menyedari tiket yang dibeli turut disertakan dengan caj arak.

"Isu ini bukan perkara main-main kerana melibatkan penumpang Islam. Kerana itu, saya kata penumpang boleh ambil tindakan saman terhadap MAS jika merasakan mereka tertipu dengan tindakan syarikat itu yang (sengaja) memasukan caj arak dalam setiap tiket yang dibeli.

"Sebelum ini, PPIM ada menasihati MAS supaya menghentikan hidangan arak dalam pesawat. Kita harap perkara ini akan dapat dipertimbangkan oleh mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkaitan harga tiket dibeli penumpang MAS adalah termasuk kos hidangan serta caj arak.

Kelmarin, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memaksa orang Islam beli tiket termasuk kos hidangan arak suatu penipuan berat implikasinya kepada orang Islam.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, tindakan MAS ini menyebabkan penumpang Islam turut bersubahat dalam hidangan arak dalam pesawat.

"Dalam Islam, duduk satu meja yang ada hidangan arak pun sudah dikira berdosa, apatah lagi apabila seseorang itu membayar tiket untuk hidangan arak. Betapa besarnya implikasi kepada umat Islam," katanya.

Katanya lagi, kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu mengambil tindakan serius dalam menangani isu ini bagi mengelakkan timbul kemarahan orang Islam kepada syarikat MAS.

"Sekarang ini pun MAS telah mengalami pelbagai masalah dan krisis ekonomi. Jangan kerana isu ini, syarikat tersebut akan menghadapi banyak lagi masalah," katanya.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment