Tuesday, November 18, 2014

RG2014... Wargakilang News : Mohon bantuan SOS kepada IT anak 5 [1 Attachment]

 



Assalamualaikum semua
Sebentar tadi, kami di NGO WARGAKILANG mendapat S.O.S drpd Pak Lang, contact kami di Labu Besar, Kulim Kedah bahawa Ibu Tinggal lima anak ini tengah desperate nak cari tempat berteduh kerana rumah sewa yang diduduki dgn ihsan tuan rumah ini akan diambil semula oleh Tuan Rumah bermula Disember 2014 ini.
Kami sebenarnya pun dah blank tak tau nak buat macamana…
Kepada mana-mana pihak yang dapat membantu (KEDA ka, zakat ka, pejabat MB ka, mahupun orang perseorangan) mohon dihulurkan bantuan seberapa segera.
Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Tkasih
Wahab Isa
Ketua Utara NGO Wargakilang
>>>>>>>>>>>>>>>>  
 
(Cerita asal dari FB Wargakilang)
Untuk kesekian kalinya NGO Wargakilang dipertemukan dengan sebuah lagi keluarga miskin dan susah.
Malam tadi kami dibawa melawat sebuah keluarga Ibu Tinggal anak 5 - Sulung STPM, Bongsu darjah satu.
Rentetan suatu masalah peribadi, keluarga ini menjadi gelandangan tidak bertempat buat seketika sehinggalah contact kami yg kami panggil Paklang (org berpengaruh di kg berkenaan) dan rkn2nya berjaya mendapatkan rumah sewa utk keluarga ini - dgn sewa serendah RM120 sebulan, ihsan tuan rumah.
Maka masuklah si Ibu dgn lima org anak2nya ke rumah ini sehelai sepinggang tanpa apa2 - segala dapur pinggan mangkuk tilam katil bantal yg ada di rumah semuanya milik tuan rumah.
 
Malam kami pi tu, kami terpaksa interview dan bergambar di ruang dapur sebab ruang tamu yg lebih kurang sama besar dgn ruang dapur ini gelap - kedua2 lampu kalimantannya rosak.
Bila tanya si Ibu ini pasal apa tak repair, kesian tengok budak2 tu bergelap; dia jawab:
"Dah repair switch hari tu, jadi balik. Malas nak repair - sekali repair RM40, habis duit !!"
Bila sembang pi sembang mai, patutlah pun dia berkira sangat:
1. Bukannya senang dia nak dapat duit. Jam 3.30 pagi dah bangun, basuh baju dan masak utk anak2. Jam 5.00 pagi nak kena pi kerja dah - naik van dari kedah cross jambatan pi kerja cleaner di Penang - gaji RM900 sebulan.
2. Anak2 termasuk yg darjah satu (lelaki dlm gambar) nnti bangun, siap dan pi sekolah sendiri2.
3. Gaji RM900 tolak epf socso, tolak sewa rumah RM120 tolak ansuran motor RM160 tolak belanja anak2 sekolah, tinggallah kurang lebih 200-300 utk beli brg2 dapur, dah biasa dah terputus beras dan makanan.
Itu yg nak repair lampu RM40 pun berkira tu. Kesian kat kakak ini !!
Hat tu tat pa lagi - yg paling kesiannya, kakak ini ngadu n merayu kat kami kalau boleh minta tolong rekemen kat dia dan anak2 bagi dpt masuk rumah utk org2 miskin yg banyak duk ada di merata daerah di Kedah ini.
Kami tanya Pak Lang, pak lang cakap dia dah try dah tapi tak lepas pi sebab nak kena kenal org dlm.
Kami tanya kakak ini, tak cuba try pi mintak ka? - dia kata dia dah pi mintak merata dah, sampai Alor Setaq nu, depa kata payah sikit melainkan kalau "KENAI MUKHRIZ" !!!
Saya nak tulis pun rasa tak berapa betoi - duk rasa pegawai yg cakap tu dia pakai balun cakap ja, Datuk Mukhriz MB banyak benda lain lagi la nak kena fokus, takkan benda2 mcm nie pun nak kena MB turun mai tengok. Haru aih!!
Tak tau nak tulih apa dah - hari tu ada sorang kakak alumni, senior saya satu U contact mai, dia kata dia satu sekolah dgn Datuk Mukhriz dulu, kenai Datuk Mukhriz. Dia kata "Monier, kalau perlu bantuan apa-apa habag mai, insyaallah akak bantu apa yg mampu".
Ringkasan.
Nama: Puan Hawa binti Ahmad
Kad Pengenalan: 760202-02-6180 (A3364890)
Umur: 38 tahun
Tanggungan: 5 orang anak
Pekerjaan: Cleaner secara kontrak
Pendapatan: RM900 sebulan
Rumah: Sewa dengan kadar RM120 sebulan
 
Alamat: Kampung kuala dahan
Labu besar, Kulim Kedah.
Tel no: 013-4401053
 




__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
image001.png

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment