Friday, November 7, 2014

RG2014... Edisi Bongkar:Rafizi hendak dedah nama penyimpan harta di Pulau Cayman

 

Rafizi hendak dedah nama penyimpan harta di Pulau Cayman – Rafizi Ramli

Published: 8 November 2014

Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mendedahkan nama individu dan syarikat yang terlibat dengan urus niaga menyimpan dana rakyat secara penuh kerahsia di Pulau Cayman yang dianggarkan bernilai RM41 billion.

Katanya, beliau dan pasukan dari National Oversight & Whistleblower (NOW) akan dedah butirannya agar menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu dibawa kembali ke Malaysia.

Katanya dalam satu email kepada blog ini, individu terbabit perlu menerima pentanggungjawab dari keputusan yang salah itu.

Rafizi bercadang akan mendedahkan butiran salinan perjanjian yang ada dengannya di Parlimen pada 10 November Isnin depan jam 11: 30 pagi. Dalam pada itu beliau juga memberi kata dua kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan agar memperbetulkan kenyataanya berhubung perkara itu yang dianggap sebagai bohong.

"Saya akan bawa Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Khas Parlimen kalau beliau tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu," demikian ancam Rafizi seperti ditulis dalam emainya.

Berikut adalah email Rafizi;

Dedah perjanjian hutang 1MDB untuk bukti menteri berbohong

Saya meneliti jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB.

Beliau mengulas, dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti kebimbangan saya itu bertempat.

Justeru itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu. Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu.

Saya juga terkejut apabila Ahmad Maslan terus menafikan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan. Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin rakyat.

Justeru itu, saya akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 1130 pagi.

Jika Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana berbohong kepada Parlimen. – msomelayu.blogspot.com, 8 November, 2014.

p/s: Dedah jgn tak dedah!

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment