Friday, November 7, 2014

RG2014... Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2015 Online

 

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2015 Online

   11/07/2014
   11:34 pm
[Image: iklan-mrsm-2015.jpg?w=665]

MARA membuka peluang kepada pelajar lepasan PT3 untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di MRSM bagi tahun 2015. Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2015 kini dibuka secara rasmi mulai 3 sehingga 14 November 2014.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2015 Online

Sila layari https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp mulai 3 November 2014 sehingga 14 November 2014

Cara Membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2015

   Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 14 November 2014.
   Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan.
   Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
   Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawahSadPermohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
   Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKMM)

Calon perlu ditemuduga terlebih dahulu dan menjalani ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKMM) yan berlangsung pada 24 November 2014 sehingga 27 November 2014.

Syarat & Kelayakan Permohonan MRSM Tingkatan 4 2015

   Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
   Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
   Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
   Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.
   Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

Tarikh Tutup Permohonan MRSM Tingkatan 4 2015

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 14 November 2014.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan adalah selewat-lewatnya pada 21 November 2014.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2015

Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment