Thursday, November 6, 2014

RG2014... Fw: Bersyukur atas Ujian Berat… pilihan yang tepat

 



Bersyukur atas Ujian Berat… pilihan yang tepat

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 ""Jika kamu bersyukur….. Nescaya AKU tambahkan Buatmu… " Begitulah janji-NYA.

Saya merasa bersyukur apabila membaca luahan terbaik seorang bapa yang diuji dengan kematian anak secara yang menyayatkan hati. Beliau melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah.

"KUALA BERANG - "Walaupun ujian ini berakhir dengan berita duka dan bukannya seperti diharapkan, saya tetap bersyukur kerana dapat kembali anak saya setelah empat hari kami sekeluarga menunggu tanpa khabar berita," luah Azman Othman, 50. Menurut Azman, walaupun begitu terasa kehilangan anak bongsunya, Ahmad Rafikin yang disahkan lemas setelah dilaporkan hilang Sabtu lalu ketika menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, dia reda atas segala ketentuan Ilahi."

Di dalam Surah ibrahim  (14) ayat 7; Allah berfirman … bermaksud; " … tatkala Tuhanmu mengisytiharkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti aku akan menambah kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Jika kita lihat ayat-ayat sebelumnya, nyatakan kisah ayat ini adalah berkait dengan kisah nabi Musa a.s. dan Firaun.   

Firaun, raja yang zalim bermimpi seakan-akan api datang dari Baitul Maqdis sehingga ke Mesir. Api itu memusnahkan rumah dan bangunan, sehingga tiada satupun tertinggal kecuali kepunyaan Bani Israil. Firaun memanggil ahli sihir dan ahli kaji bintang, untuk membuat takwilan mengenai mimpi itu. Lalu mereka mengatakan, akan lahir seorang anak lelaki dari Bani Israil. Lelaki terbabit kelak akan mengusir kerajaan Firaun dan menggantikan agama Firaun.

Disebabkan takut mimpi itu menjadi realiti, Firaun memerintah dibunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israil.

Dipendekkan cerita, maka Firaun sebagai raja mengeluarkan polisi atau undang-undang zalim agar semua kanak-kanak lelaki Bani Israil dibunuh (disembelih). Kempen dan program pembunuhan besar-besaran ini dilaksanakan melalui rejim tenteranya.

Bayangkanlah untuk entah berapa tahun lamanya, Kerajaan Firaun melaksanakan polisi atau kempen menyembelih anak-anak lelaki dari Bani Israil. Tempoh lamanya pembunuhan itu berlaku mungkin beberapa lama sebelum Musa lahir dan sehingga Musa menjadi anak muda yang mampu menentangnya. 

Bayangkanlah betapa ramai kanak-kanak dan bayi lelaki yang telah disembelih dan dibunuh. Bayangkan darah-darah yang tumpah ke bumi. Bayangkan keluarga yang ketakutan dan menderita. Penderitaan yang seperti tidak berkesudahan. 

Allah s.w.t. sendiri mengiktirafnya sebagai ujian yang besar.

Bayangkanlah juga, kemudian, ketika mana Musa a.s. , membaca ayat itu ketika berkhutbah atau berceramah kepada kaumnya, umatnya, pasti ramai ibubapa atau ahli keluarga yang anak-anak mereka telah disembelih. Perhatikan ayat Quran tadi yang dibacakan Musa a.s.

"Apabila Tuhan-Mu mengisytiharkan --  š öNä3š/u' c©Œr's?ŒÎ)ur "

Mungkin pada fikiran manusia, dalam keadaan kesengsaraan, musibah dan kesedihan yang menimpa kaum Musa a.s. , tentulah apa yang perlu mereka diperingatkan ialah agar 'bersabar'.

Tidak ayat itu tidak menyebut  "wa iz taazan rabbukum …. Lain sabartum … laiza dannakum"  iaitu " Sesungguhnya jika kamu bersabar, pasti kami akan menambah kepadamu."

 

Bayangkanlah, Allah tidak minta kita manusia yang menderita itu bersabar tetapi lebih tinggi daripada itu iaitu bersyukur. Apabila bersyukur dalam keadaan sedemikian pasti didalamnya terkandung juga kejayaan dalam bersabar.

Apa pula balasan dan ganjaran kepada kesyukuran ini. Sebagai balasan dan ganjarannya, Allah akan tambah bagi kamu.

Perkataan 'La azi dan na kum'   adalah suatu jawapan dalam bentuk paling tegas dan jelas. Penekanan paling kuat. ,

Perkataan 'La azi dan na kum' yang jika diterjemahkan secara kasar (di mana terjemahan tidak akan memberi maksud yang tepat), ialah seumpama Allah menyatakan dalam bahasa penuh ketegasan bahawa; "aku berjanji aku akan tambahkan, perbanyakkan bagi kamu."

Apa yang menakjubkan lagi ialah Allah tidak menyebut pada ayat itu (secara khusus) apakah perkara yang akan ditambah, diperbanyakkan bagi mereka yang bersyukur. Walaupun pada terjemahan, ada yang meletakkan dalam kurungan perkataan 'nikmat' tetapi sebenarnya pada bahasa ia tiada… dan tujuannya, rahsia dan hikmahnya ialah ia dibiarkan terbuka luas bagi segala macam bentuk kebaikan, manfaat dan nikmat. Bermakna, Allah s.w.t. yang maha mengetahui apa yang kita mahukan dan apa yang baik untuk kita , akan memberi, menambah dan memperbanyakkan untuk kita apa jua sama ada  anak-pinak, harta, wang, kasih sayang, ilmu dan lain-lain.[1]

Pengajarannya. Saya percaya semua telah jelas pengajarannnya.

Semoga si bapa dan keluarga tadi diberikan 'pertambahan' oleh Allah s.w.t pada apa yang sangat mereka perlukan dan penting buat mereka. Allah juga yang lebih mengetahui apa yang lebih baik dan terbaik untuk manusia.

Semoga di syurga, mereka disatukan.

Pertambahan yang memberikan keuntungan kepada mereka dunia dan akhirat.

Pertambahan yang istimewa daripada –Nya atas kehilangan yang sementara.

Hisham-ahmad.blogspot.com  

..................
[1]
(Syarahan) Ustaz Nourman Ali Khan

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment