Sunday, November 9, 2014

RG2014... Fw: Budak derita jantung songsang

 



Tokai : Budak derita jantung songsang

kedahlanie.info
 
Nor Izati (kiri) menceritakan keadaan anaknya kepada Amirul Syahir.

SIMPANG EMPAT - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian derita ditanggung kanak-kanak berusia setahun empat bulan, Nazel Mikael Ahmad Shabani.

Ibunya, Nor Izati Hamzah, 26, berkata, anak keempatnya disahkan menderita sakit jantung songsang ketika berusia sebulan selepas dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

"Pada awalnya, dia kelihatan normal. Namun, doktor mendapati denyutan jantung Nazel Mikael tidak normal dan dari situlah, kami tahu keadaan dirinya," katanya ketika ditemui Sinar Harian bersama Pengerusi Kelab Rakan Muda Kuala Kedah, Amirul Syahir Musa di rumahnya di Taman Tokai Jaya, di sini.

Walaupun sudah menjalani pembedahan pertama ketika berusia 10 bulan, namun Nazel Mikael masih belum sembuh sepenuhnya.

Lebih menyayat hati, bayi berkenaan memerlukan empat kali pembedahan lagi dengan kos rawatan tertentu.

Meskipun perbelanjaan pembedahan pertama dibantu Institut Jantung Negara (IJN), namun menurut Nor Izati, mereka sekeluarga masih perlu menanggung kos lain.

Katanya, pendapatan suaminya, Ahmad Shabani Abdullah, 31, sebagai mekanik di Jitra sekitar RM900 sebulan tidak mencukupi membiayai perbelanjaan mereka.

Selain itu, Nor Izati berkata, dua dari empat anaknya masing-masing berusia sembilan dan enam tahun sudah bersekolah.

Meskipun kurang berkemampuan, katanya, dia perlu membeli empat tin susu khas bernilai RM80 setiap satu memandangkan Nazel Mikael tidak dapat menjamah makanan lain.

"Kalau boleh, saya harap dapat bantuan bulanan, sekurang-kurangnya wang berkenaan dapat menampung perbelanjaan susu khas dan keperluan lain," katanya.

Bagi yang berhasrat meringankan beban keluarga ini boleh sampaikan sumbangan melalui akaun CIMB mereka 0203 0006 7672 02.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment