Sunday, November 9, 2014

RG2014... Fw: Cerita Sebenar Pelajar UniKL MICET Sesat Gunung Datuk

 



Cerita Sebenar Pelajar UniKL MICET Sesat Gunung Datuk



Tapi, hari ni dia teringin nak daki seorang diri. Dia memulakan pendakian pada pagi tadi dan turun pada tengaharinya. Dalam perjalanan turun ketika di kawasan kaki gunung, bagi orang yang biasa naik selalunya akan terdengar bunyi air terjun. Hari ni boleh pulak dia rasa nak pergi tengok air terjun tersebut. Bila dah pergi, tima nak balik tu dia rasa diri dia sesat tak tahu nak pergi ke denai yang orang selalu guna untuk keluar dari kawasan gunung tersebut. 

Selepas itu, dia mula menelefon rakan saya, Zack untuk bertanyakan cara nak keluar dari situ. Member ni pulak dia rasa susah nak bayangkan dan kebetulan dia sendiri pun tak pernah pergi ke air terjun tersebut walaupun agak kerap mendaki gunung tersebut.
 
Tambahan lagi, waktu tersebut hanya seorang rakan sahaja yang masanya free iaitu Raja, rakan si Zack. Yang lain banyak kerja. Jadi, dia (Raja) pergi seorang diri ke kaki gunung untuk minta tolong renjer kat situ dan berusaha melaung dan memanggil rakannya, Gelaucia. Malangnya, waktu tersebut hujan lebat turun jadi agak susah untuk Gelau mendengar laungan tersebut.

Tadi, jam 8 malam, rakan-rakan lain pun turut pergi ke kaki Gunung Datuk untuk emmbantu apa yang patut. Rakan saya tersebut dijumpai dalam lingkungan jam 9 malam oleh Pasukan Bomba.
Sekian, untuk cerita kali ini. Harap-harap tiada yang suka hati copy entri ni. Ni memang kawan sekelas admin. 

Petikan dari Sinar:

REMBAU - Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Alor Gajah sesat di Gunung Datuk, dekat sini, selepas nekad mendaki gunung berkenaan seorang diri tengah hari tadi.

Menurut sumber, rakan pelajar berkenaan datang ke kaki Gunung Datuk dan meminta pertolongan dari pihak pengurusan gunung berkenaan bagi mencari rakannya itu.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada jam 5 petang.

"Pasukan bomba dan penyelia Hutan Lipur Gunung Datuk naik ke atas gunung bermula jam 6.30 petang tadi," katanya.

Pelajar berkenaan, Glousia Galayan, 20, berketurunan Iban dipercayai menghubungi rakan universitinya selepas hilang punca arah keluar dari gunung berkenaan.
Gerakan mencari masih dijalankan.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment