Tuesday, November 18, 2014

RG2014... FW: Dunia-Politik.blogspot.com - Fw: Pembuli Jalan Raya Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

 

 

Harap mahkamah jatuhi hukuman berat terhadap lelaki ini! supaya jadi pengajaran pada mereka yang mempunyai niat yg sama.

 

From: dunia-politik@yahoogroups.com [mailto:dunia-politik@yahoogroups.com]
Sent: Tuesday, November 18, 2014 11:24 PM
To: zzxmelayucyber
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - Fw: Pembuli Jalan Raya Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

 

 



Pembuli Jalan Raya Di Subang Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

 

telokbakong.blogspot

mimpi-senja.blogspot

 

- Gambar dari Facebook 'Friends of BN'


PETALING JAYA: Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu seorang wanita dan merosakkan keretanya di jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.

"Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police ) malam semalam. Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.

'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial.

Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia tinggal di Subang Jaya dan memandu SUV.

Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya.

"Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin sisi kereta saya," tulisnya.

Thean berkata dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong, apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan menuju ke keretanya.

15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke kereta wanita itu sebelum merosakkan wiper dan meludah di bahagian cermin hadapan kereta.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia untuk berbuat demikian.

Lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis di kediamannya sekitar tengah malam Isnin.

 

 

 

Lelaki Mengamuk Ludah Kereta Orang Ditahan Polis..

telokbakong.blogspot

darisungaiderhaka.blogspot

Anak Sungai Derhaka

 

Polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun di rumahnya di Subang Jaya selepas dia menyerang seorang pemandu wanita kira-kira tengah malam tadi, kata Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua.

Lelaki itu mengamuk kerana pemandu wanita berkenaan telah membunyikan hon terhadapnya berikutan pemanduannya keluar masuk laluan secara berbahaya.

Dia melepaskan marahnya dengan merosakkan kereta wanita berkenaan dan meludah di cermin keretanya.

Dalam kejadian yang dipos di laman Facebook lalu menjadi viral itu, lelaki berkenaan menghentikan kenderaan SUV-nya di tengah jalan sebelum keluar lalu menumbuk cermin tingkap kereta Alisia Thean, selain meludah serta merosakkan pengelap dan cermin sisi kereta wanita berkenaan.

Dalam postingnya yang mendapat 5,000 perkongsian serta lebih 1,000 komen itu, Thean menulis dia membunyikan hon terhadap pemandu SUV di hadapannya kerana pemandunya kerap bertukar laluan secara berbahaya. Lelaki berkenaan ketika itu juga membawa seorang penumpang wanita.

Katanya, selepas menghentikan keretanya secara tiba-tiba di hadapannya, "lelaki itu kemudian mengetuk cermin tingkap kereta, merosakkan alat pengelap dan mematahkan cermin sisi kereta saya." 

Posting itu juga menyiarkan 15 keping gambar lelaki berkenaan melakukan perbuatan berkenaan dengan gambarnya serta SUV-nya jelas kelihatan.


Thean juga memberitahu pengguna Facebook yang meninggalkan komen, dia sudah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis yang mengesahkan ia jelas perbuatan buli jalan raya.

Awal tahun ini di Kuantan, seorang wanita menyerang seorang lelaki selepas keretanya dilanggar dari belakang lapor AntaraPos

 

Comments

biadap pemandu ni kasi ajar banyak sama ini orang garang tak betempat
nasib baik dia tak pukoi orang
memang ada pemandu yang kurang ajar belagak dijalan raya bila langgar reta orang minta bayar 5 6 puluh pun tak mau. belagak macam banyak duit.


___________________________________
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. EY is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.

__._,_.___

Posted by: Abdul Rahman Sien <Abdul-Rahman.Sien@my.ey.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment