Sunday, November 16, 2014

RG2014... Fw: Fahmi - Biasiswa Adalah Wang Rakyat, Bukan .....

 



Fahmi: Biasiswa Adalah Wang Rakyat, Bukan Milik JPA Atau Umno

greenboc.blogspot


Pemimpin mahasiswa, Fahmi Zainol mempersoalkan cadangan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswa yang diterimanya.

Menurutnya, biasisiwa yang diperolehnya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti Umno.

"Sekarang saya lihat kerajaan syok sendiri. Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut.

"Saya tak hina kerajaan malah itu adalah fakta. Saya juga cerita ranking rasuah negara ini paling tinggi dan itu juga fakta, kenapa kerajaan rasa terancam kalau tak betul," katanya ketika dihubungi.

Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya ekoran menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu.

JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan "negatif" dan "provokatif" terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan "Umbrella Revolution" Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan beliau sebagai Ketua mahasiswa yang dilantik berperanan untuk mengkritik perbuatan salah kerajaan.

"Saya rasa bersalah kalau saya tak buat kerja. Saya dilantik oleh mereka yang mengundi saya, mereka mengharapkan saya untuk menentang kezaliman, saya mempunyai peranan yang besar jadi saya rasa ketika saya ada kuasa ini saya perlu jalankan tugas saya dengan sebaik mungkin.

"Saya akan disoal di akhirat nanti, ini masa saya untuk melakukan apa yang telah diamanahkan oleh mereka yang mempercayai perjuangan saya," jelasnya. -KD

Pas jangka kutip derma biaya Fahmi

SHAH ALAM - Satu kutipan derma akan dilancarkan di seluruh negara jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menarik balik tajaan pendidikan aktivis pelajar Fahmi Zainol yang didapati terlibat dalam pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pengutipan derma tersebut akan dilancarkan demi membantu Fahmi yang merupakan pelajar di universiti berkenaan bagi meneruskan pengajiannya di pusat pengajian itu.

"Ini inisiatif Pemuda Pas untuk membantu dia (Fahmi). Setakat ini kami masih tidak bincang dengan rakan PR yang lain. Tetapi mereka (biasanya) ada usaha dan cara mereka tersendiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Aktivis Fahmi Zainol, kini berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Menerusi laporan berita sebuah portal semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih belum menghubungi pihak JPA bagi membincangkan status biasiswa pengajian Fahmi.

"Ini masih diperingkat perancangan kami. Kita tunggu dulu apa keputusan JPA, selepas itu baru kita buat bincang dan buat keputusan," jelasnya
-SH

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment