Sunday, November 9, 2014

RG2014... Fw: Hati-hati beli peranti di Singapura

 



Hati-hati beli peranti di Singapura

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 Singapura: Pelancong dari negara China diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Ini berlaku selepas laporan media mengenai penipuan peniaga di Sim Lim Square termasuk insiden seorang rakyat China yang dibayar ganti rugi sebanyak SGD1,000 (RM2583) dalam bentuk duit syiling.

Reputasi negatif peniaga di Sim Lim Square juga mendapat perhatian di laman akhbar Vietnam yang mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati dengan taktik licik peniaga di Singapura.

Sebelum ini seorang pelancong Vietnam diperdaya dalam urus niaga pembelian iPhone 6 sehingga terpaksa melutut dan menangis untuk meminta ganti rugi.

Bagaimanapun dia hanya diberi ganti rugi sebanyak SGD400 (RM1032) berbanding harga asal yang dibayarnya iaitu SGD950 (RM2454). - Straits Times

 

Kesian sungguh pelancung ini terpaksa berlutut untuk minta balik wangnya di kedai telepon Singapura

 telokbakong.blogspot

idahsalam.blogspot

Batal beli iPhone 6,  pelancung ini berlutut agar kedai Telepon Singapura kembalikan wangnya

   
LIANHE ZAOBAO Pham Van Thoai, seorang pekerja kilang dari  Vietnam, yang merasa dianiayai ketika berniat membeli sebuah iPhone 6 di Singapura.

SINGAPURA, KOMPAS.COM — Niat seorang pelancung Vietnam untuk memberi hadiah ulang tahun berupa sebuah iPhone 6 kepada kekasihnya ketika keduanya melancong di Singapura berantakan, bahkan berakhir pilu.

Ketika berbelanja di Sim Lim Square di  kota Singapura itu, lelaki  Vietnam bernama Pham Van Thoai   bukannya mendapatkan telepon pintar incarannya. Dia malah kehilangan wangnya, yang nilainya lebih dari tiga bulan gajinya, setelah membatalkan pembelian yang menurut pihak kedai itu  sudah disepakati.

Insiden tersebut merupakan sengketa terbaru yang melibatkan sebuah kedai ponsel di tempat itu, yang sebelumnya menjadi berita utama di negara tersebut setelah dilaporkan mengembalikan wang pelanggan dalam bentuk wang koin sejumlah 1,010 dollar Singapura .

Straitstimes online, Selasa (4/11/2014), melaporkan bahawa Pham, seorang pekerja kilang, sangat putus asa sampai harus berlutut ketika memohon kepada pekerja kedai itu agar mengembalikan wangnya yang diperolehnya dengan susah payah. Namun, dia hanya mendapatkan kurang dari separuh dari apa yang telah dibayarkannya.

Ceritanya bermula saat Pham, yang sedang berlibur dengan pacarnya di Singapura, ingin memberi pacarnya itu iPhone terbaru sebagai hadiah ulang tahun. Dia menyerahkan wang 950 dollar Singapura   untuk mendapatkan sebuah iPhone 6 di Mobile Air. Dia sudah hendak meninggalkan kedai ketika pegawai kedai memintanya untuk membayarw ang tambahan 1,500 dollar sebagai biaya garansi. Pham terkejut. Ia tidak bersedia dan membatalkan pembelian. Namun, pihak toko mengatakan,w ang yang dibayarkan tidak dapat dikembalikan kesemua.

Lelaki 30 tahun itu membeberkan perincian kes itu kepada wartawan akhbar lokal berbahasa China, Lianhe Zaobao, pada hari Isnin. "Saya hanya seorang pekerja kilang, dengan penghasilan sekitar 200 dollar Singapura   sebulan. Angka 950 dollar Singapura merupakan upah untuk beberapa bulan. Itu merupakan harga yang besar buat saya. Saya benar-benar sedih," katanya.

Dia mengatakan, dirinya telah diminta untuk menandatangani sebuah perjanjian, tetapi tidak menelitinya kerana bahasa Inggerisnya tidak begitu bagus, dan dia berfikir Singapura merupakan tempat yang aman untuk berbelanja. "Ketika mereka bertanya, apakah saya ingin garansi satu tahun atau dua tahun, saya berasumsi bahawa garansi satu tahun itu gratis, jadi saya jawab satu tahun. Dia tidak mengatakan saya harus membayar," katanya kepada Zaobao.

Dia diberi tahu bahawa jika dia tidak membayar garansi, dia tidak boleh membawa telepon itu.

Pham mengatakan, dia sampai berlutut dan memohon agar wangnya dikembalikan, tetapi mereka hanya mentertawakannya. Mereka akhirnya sepakat untuk mengembalikan 600 dollar Singapura kepadanya, tetapi kekasihnya menolak untuk pergi tanpa baki wang itu dan kemudian menelepon polis .

Ketika polis  tiba, staf Mobile Air mengatakan, Pham telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan menawarkan untuk mengembalikan wangnya hanya 70 dollar Singapura.

Setelah ada intervensi dari Asosiasi Konsumen Singapura (atau Case), dia mendapat pengembalian sebesar 400 dollar Singapura, tetapi masih berbaki sebesar 550 dollar Singapura.

"Saya akan pulang dalam dua hari, dan saya tidak ingin ada masalah, jadi saya memutuskan untuk menerima pengembalian parsial itu," kata Pham. Dia menambahkan, dirinya tidak yakin Case akan boleh mendapatkan pengembalian penuh dari dananya itu.

Mobile Air menjadi berita utama di Singapura pada minggu lalu kerana membayar wang 1,010 dollar dalam bentuk wang koin kepada seorang wanita yang telah memenangkan klaim terhadap kedai  itu di Small Claims Tribunal.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber : straitstimes.com
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment