Sunday, November 9, 2014

RG2014... Fw: PEMBU NUH BERSIRI DI PULAU PINANG?

 



 

PEMBUNUH BERSIRI DI PULAU PINANG???

bloglist-malaysia.blogspot
lantakhangpala.blogspot
 
Penemuan dua mayat perempuan tanpa kepala dalam tempoh tiga hari menimbulkan kebimbangan terhadap adanya pembunuh bersiri.

Kedua-dua kes ini menjadi bualan bahawa ada kaitan dengan pembunuhan ngeri 17 lelaki Myanmar sepanjang tahun ini di sini.


Dalam beberapa kes, kepala mangsa dipotong, manakala badan dibuang di tempat gelap atau di tepi jalan.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi, menganggap insiden terbaru yang melibatkan seorang wanita dibunuh dengan kejam dipercayai warga asing itu sebagai kes terpencil.


Beliau juga enggan mengulas mengenai pembunuh bersiri.


"Tolong jangan membuat spekulasi," katanya selepas menghadiri program kepolisan komuniti di Pulau Aman pada Jumaat.


Pada Khamis, badan dan lengan seorang wanita yang disumbat dalam sebuah beg pakaian ditemui di Jalan Kebun Bunga di sini.


Abdul Rahim menyifatkannya "kes yang paling mengerikan" Polis Pulau Pinang sepanjang tahun ini.


Manakala pada Jumaat, polis menemui sepasang kaki yang tidak sempurna di tapak pelupusan di Pulau Burung, Nibong Tebal, 65 kilometer jarak penemuan bahagian badan dan lengan sebelum itu.


Menurut Abdul Rahim,  penemuan kaki itu boleh dikaitkan dengan mayat wanita yang ditemui di Jalan Kebun Bunga.


"Kami terlebih dahulu menemui kaki kanan yang sudah kembung. Dan 30 minit selepas itu, kaki kiri pula ditemui beberapa meter dari penemuan pertama," kata beliau sambil menambah bahawa polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.


Kedua-dua belah kaki itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk analisis DNA.


Abdul Rahim berkata, mereka percaya wanita itu adalah warga asing selepas pemeriksaan cap jari tidak sepadan dengan mana-mana rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


"Jika anda terlihat apa-apa yang menyerupai tengkorak manusia dan terhidu bau busuk, sila laporkan kepada polis. Kami tidak dapat mengenal pasti mangsa berdasarkan cap jari," katanya.


Selain  itu, kes badan tanpa kepala seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Halimahtusakdiah, 33, dari utara Sumatera diklafikasikan sebagai mati mengejut berikutan hasil bedah siasat.


Mayat mangsa ditemui oleh nelayan pada Selasa lalu.
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Sunday, November 09, 2014 12:05 PM
Subject: Fw: Wanita dibunuh kejam, kepala, kaki dipotong

 

Wanita dibunuh kejam, kepala, kaki dipotong
 
selatanonline.net
Posted T by AbuJihad
 
* Gambar di atas hanya hiasan

PULAU PINANG 6 Nov. - Mayat seorang wanita tanpa kepala dan kaki yang dibunuh dengan kejam ditemui di dalam sebuah bagasi yang ditinggalkan ber­hampiran Surau Al-Aslah, di Kebun Bunga di sini awal pagi ini.
Abdul Rahim

Bagasi itu ditemui oleh seorang wanita yang baru selesai bersenam di situ kira-kira pukul 7 pagi yang curiga dengan bau busuk yang dihidunya ketika sedang menuju ke keretanya.

Wanita berkenaan yang berusia lingkungan 20-an kemudiannya melihat bagasi berkenaan sebelum menghampiri dan membukanya.

Dia yang terkejut kemudian terus memaklumkan kepada seorang pekerja Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) yang berada tidak jauh dari situ sebelum mereka menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis ne­geri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan pemeriksaan awal oleh pakar patologi Hopsital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr, Bhupinder Singh, wanita berke­naan dipercayai telah mati dalam tempoh antara 24 hingga 36 jam lalu.

Abdul Rahim berkata, pihaknya percaya wani­ta berkenaan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

"Mayat dalam beg jenama Rofina itu hanya mempunyai bahagian badan iaitu dari pusat hingga ke leher dan mempunyai kedua-dua belah tangan. Pemeriksaan turut menemukan beberapa helai pakaian dalam bagasi berkenaan yang mempunyai kesan darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti selain berkemungkinan warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG.

Katanya, mayat dihantar ke HPP untuk soal siasat dan orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes berkenaan diminta meng­hubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment