Tuesday, November 4, 2014

RG2014... Fw: PELAKSANAAN GST... SIAPA YANG BERBOHONG ?

 



PELAKSANAAN GST ... MENTERI SARAWAK CAKAP HARGA RUMAH TIDAK NAIK TETAPI PRESIDEN PERSATUAN PEMAJU HARTANAH DAN PERUMAHAN MALAYSIA (REDHA) PASTI NAIK ... SIAPA YANG BERBOHONG NI??????

omakkau.blogspot
Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju  harga hartanah akan meningkat susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg  berkata pembeli tidak akan dibebankan dengan GST berkadar 6% itu kerana pemaju bakal menikmati potongan cukai input bagi bahan pembinaan yang mereka guna.

"Mereka memang perlu membayar GST bagi bahan tersebut, tetapi pada akhir rantaian (proses pembinaan), pemaju boleh membuat tuntutan semula GST terhadap bahan yang dibeli," katanya pada sidang media, di Kuching hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan berlaku pembelian tergesa-gesa disebabkan kebimbangan harga rumah melambung seperti diuar-uar oleh pemaju.

"Harga tidak boleh lebih tinggi daripada harga sekarang. Pada masa ini anda membayar 10 (peratus cukai kerajaan) campur 6 (peratus cukai jualan). Jika ia (GST) pada 6%, harga patut lebih rendah. Itu baru logik," katanya.

Abang Johari berkata kementeriannya akan menganjurkan seminar khusus mengenai GST bagi semua pihak berkepentingan pada 20 Januari depan, bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai implikasi cukai tersebut.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan  mewujudkan mekanisme bagi menampung keperluan perumahan jika penawaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Beliau berkata dua anak syarikat kementeriannya, Daya Builders Sdn Bhd dan Mutiara Mortgage and Credit, masing-masing akan memainkan peranan sebagai pemaju perumahan dan pemudah cara pembiayaan.

Menurutnya pendekatan itu juga bertujuan mewujudkan persaingan dengan pemaju swasta yang dipacu keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan.

"Syarikat (Daya Builders) tidak terlalu bertujuan membuat keuntungan kerana objektif utama ialah menyediakan perumahan berkualiti dan mampu milik untuk rakyat," kata Abang Johari.

Beliau juga berkata Ordinan Pembangunan Perumahan Sarawak (Kawalan dan Pelesenan) 2013 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2013 akan dikuatkuasakan 1 November ini.

Beliau berkata undang-undang baharu itu akan mempertingkat perlindungan terhadap hak dan kepentingan pembeli rumah termasuk dalam isu projek terbengkalai. – Bernama .. 29 Oktober 2014.

PELAKSANAAN
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 akan memberi impak negatif ke atas industri hartanah, sekali gus memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah terutama kepada pembeli rumah mampu milik.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, selain pelaksanaan GST, kenaikan harga rumah juga didorong oleh beberapa faktor iaitu kesukaran pemaju mendapatkan pekerja selain soal gaji dan kekurangan pekerja.

"Faktor kedua adalah disebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata.

"Pemain industri merasakan adalah perlu untuk melanjutkan penarafan cukai sifar ke atas bahan binaan utama ini bagi membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih baik," katanya selepas mengumumkan Laporan Kajian Industri Hartanah Rehda, di Kelana Jaya, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan GST akan menyebabkan tambahan kos lain yang mana pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu setem duti, cukai keuntungan harta tanah, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan.

"Kami juga mahu agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan setem duti kepada empat peratus dan mengekalkan kadar maksimum tiga peratus seperti dinikmati sektor hartanah sekarang," katanya.

Sementara itu, hasil kajian laporan itu ke atas 150 pemaju dari 12 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati jumlah pelancaran unit perumahan bagi tahun kedua 2013, menurun berbanding tahun sama sebelumnya.

"Prestasi jualan turut mencatat penurunan 20 peratus berbanding separuh tahun pertama 2013. Bagaimanapun pembeli tempatan masih mendominasi pasaran hartanah dan pembelian adalah bagi tujuan kediaman sendiri," katanya. ... SH

AGAK-AGAK CAKAP SIAPA YANG BETUL DAN BOLEH DIPERCAYAI??????

 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment