Tuesday, November 11, 2014

RG2014... Fw: Rumah Musnah Terbakar Kerana Gas Meletup

 



kitabantai.info
Kita Bantai
 
Zamri melihat senaskah Al Quran yang terselamat

Baling: "Ketika hendak membuka dapur gas ia tiba-tiba meletup sehingga api menyambar dinding rumah.Saya bergegas lari ke ruang tamu dan keluar meminta bantuan. Bagaimanapun api marak dengan cepat menyebabkan semua barangan tidak sempat diselamatkan," kata Habsah Man.

Habsah Man, 70, dari Kampung Belakang Pekan Kuala Pegang, di sini, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.45 pagi apabila dia hendak memasak hidangan tengah hari untuk dua cucunya, Mohd Zaim Zamri, 10, dan adiknya, Zamzati, 8, tetapi tidak sempat berbuat demikian kerana kejadian tersebut.

"Kebiasaan kedua-dua cucu saya akan makan selepas pulang dari sekolah.

"Selepas menyediakan lauk untuk dimasak saya kemudian membuka dapur gas terkejut apabila ia tiba-tiba meletup dan terbakar.Saya tergamam kerana tidak sempat selamatkan barang berharga.

"Apapun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Anak mangsa, Zamri Yaakob, 48, berkata, ketika kejadian itu, dia berada di tempat kerja.
"Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengenai kejadian itu dan bergegas pulang kerana bimbang ibu yang tidak sihat," katanya," katanya yang juga Pengerusi Biro Bencana Alam UMNO Bahagian Baling.

"Saya reda apa yang berlaku kerana semua yang terjadi kehendak Allah," katanya.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.10 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera dari Balai Baling dan Sik.

"Api dapat dikawal dalam masa 20 minit daripada merebak ke rumah penduduk yang lain.

"Seramai 18 anggota termasuk pegawai dan anggota sukarela membantu memadam kebakaran itu," katanya.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment