Thursday, November 20, 2014

RG2014... MEMALUKAN! New York Times:Usahawan China bayar $100,000 kepada Ahli Politik BN [2 Attachments]

 


Sebuah syarikat perlombongan China mendakwa telah membayar untuk ahli politik BN mendapatkan gelaran Datuk bagi memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.Li Yang, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times (NYT), mendakwa dia telah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) bagi setiap ahli politik, yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.
Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat."Jika kedua-duanya menyokong anda, maka anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, kerana sumber asli semuanya dikawal oleh mereka," Li dipetik sebagai berkata.

Menurut akhbar itu lagi, Li juga dipetik sebagai berkata bahawa dia "hanya mengikuti amalan biasa di Malaysia".NYT berkata CAA beroperasi di Malaysia selepas Beijing bulan lalu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan piawaian mengenai hak-hak tenaga kerja, perlindungan alam sekitar dan hubungan masyarakat bagi industri itu.

Di Bukit Besi, kata laporan itu, CAA menghindari potensi isu-isu tenaga kerja dengan mengupah pekerja tanpa kesatuan dari Kemboja, Myanmar dan Vietnam.Para pekerja, kata Li, bekerja mengikut sif 12 jam, tujuh hari seminggu dan dibayar berdasarkan berapa banyak perolehan lombong.Para pekerja kolar putih, termasuk akauntan dan jurutera, dibawa dari China.CAA juga menghindarkan daripada melakukan penilaian kesan alam sekitar dengan membahagikan lombong itu kepada dua, masing-masing berkeluasan kurang daripada 500 ekar.

Hanya lombong yang berkeluasan lebih besar daripada 500 hektar perlu dinilai untuk kesan alam sekitar.Lombong Bukit Besi pernah menjadi lombong terbesar di dunia dan menjadi sumber bekalan untuk industri besi keluli Jepun semasa Perang Dunia II. Ia ditutup pada tahun 1971.Dalam reaksinya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) berkata beliau tidak tahu mengenainya."Ini tak ada dalam makluman saya. Maaf," kata Ahmad Razif, yang juga bertanggung jawab atas sumber asli dalam mesej teks kepada Malaysiakini

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 2 photo(s) from this topic.
NYT.png nyt 2.png

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment