Thursday, November 20, 2014

RG2014... Pembinaan kampus tetap KUIN kesilapan pelaburan PAS, kata exco Kedah

 

Pembinaan kampus tetap KUIN kesilapan pelaburan Pakatan, kata exco Kedah

Published: 21 November 2014

Kedah menyifatkan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil adalah kesilapan pelaburan yang dibuat kerajaan PAS sebelum ini, lapor Berita Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata rancangan membina kampus yang terlalu besar di Kuala Ketil meninggalkan kesan kewangan yang serius kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM44,508,000 setahun selama 15 tahun sehingga 2024 bagi menjelaskan kos pembinaan kampus Kuala Ketil yang bernilai RM327,665,000 dan faedah pinjaman sebanyak RM206,428,950, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM534,093,950.

"Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama," katanya.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan kerajaan PAS tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072.

Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafeteria dan pejabat pentadbiran asrama.

Kampus KUIN di Kuala Ketil adalah legasi peninggalan bekas menteri besar Kedah di bawah PR, allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Ia dibina dengan kos lebih RM327 juta dan digunakan pada tahun-tahun akhir hayat kerajaan PAS di Kedah. – 21 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembinaan-kampus-tetap-kuin-kesilapan-pelaburan-pakatan-kata-exco-kedah#sthash.TSXEWeEd.dpuf

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment