Friday, November 14, 2014

RG2014... Rasuah seks: Pegawai kanan kerajaan Kedah direman

 

ALOR SETAR, 14 November:

Seorang pegawai kanan kerajaan negeri Kerajaan Kedah ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kerana didakwa meminta dan menerima habuan rasuah seks bagi dorongan kelulusan rumah mampu milik Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan negeri Kedah dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu untuk membantu meluluskan permohonan rumah PPRT oleh beberapa orang ibu tunggal di Kedah.

Perlakuan jijik suspek yang tergamak meminta rasuah berupa layanan seks terbongkar setelah dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Tangkapan itu disahkan Pengarah SPRM Kedah, Raja Khan Raja Ahmad yang memaklumkan ia dibuat hasil daripada maklumat yang diterima pihaknya serta risikan sejak beberapa bulan lalu.

SPRM kedah yang dihubungi The Rakyat Post mengesahkan penahanan itu dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

"Pada jam 2 petang semalam, SPRM bersama pihak polis telah melakukan serbuan di sebuah hotel atas maklumat orang awam untuk menangkap seorang penjawat awam yang berusia dalam lingkungan 50-an.

"Kami mendapati penjawat itu bersama seorang janda berusia 20-an berdua-duan di dalam sebuah bilik dan mengesyaki lelaki itu sedang menuntut rasuahnya," katanya.

Berdasarkan risikan yang dibuat, kami percaya ini bukan kes pertama dan suspek mungkin pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini, katanya.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment