Tuesday, February 22, 2011

Re: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja

 

      Honourable persons will pay up whatever they borrowed. They promise and they keep their promises.

rhirowati - rhirowati


--- On Sat, 2/12/11, zamriN <zamrinawi@yahoo.com> wrote:

From: zamriN <zamrinawi@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja
To: "Respeks Groups" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Saturday, February 12, 2011, 6:14 AM

 
Ada juga yg tak bayar sbb tak cukup belanja anak isteri, rumah dn lain lain lagi,

Lagi satu kaedah utk memungut hutang sgt teruk.. Dah habis duit tabung baru buat kaedah baru, potong melalui angkasa la. Patutnya dah lama implement mcam tu, skrg dah susah pelajar genersai skrg menghadpi masalah.. Tak kan seramai kakitangan dlm PTPTN tak boleh guna otak utk pk kesan ni.


Sent from my BlackBerry®

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 31 Jan 2011 17:29:55 -0800 (PST)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja

 
    Selalunya masa pinjam licin macam belut tetapi bila masa bayar balik, liat sehingga persahabatan terputus sebab dari kecil, telah diasuh songsang dan tak bertanggung jawab

rhirowati - rhirowati


--- On Mon, 1/31/11, Sani Mohammad <m_sani5388@yahoo.com> wrote:

From: Sani Mohammad <m_sani5388@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, January 31, 2011, 5:12 AM

 
senang je formulanye, pandai pinjam, pandai la pulang,
pandai hutang, pandai la bayar balik


From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, January 31, 2011 12:08:17 PM
Subject: Re: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja

 
yep yg ni aku setuju dgn hang
byk kes macam ni , penjamin yg bankrap
bukan pinjam dgn gomen je, dgn bank dan apa2 saje kerja2 menjamin
kalu boleh elakkan, lebih baik elakkan





From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, January 31, 2011 10:43:40 AM
Subject: Re: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja

 

      Untuk pengetahuan Mat Susu, penjawat awam yang tidak menyempurnakan ijazah lanjutan perlu membayar balik semua yang telah dibelanjakan. Gaji mereka dipotong setiap bulan. Kemudian rekod kerjaya dalam senarai hitam. Itu yang berlaku dikalangan kawan-kawan saya. Semua nya ada dalam kontrak. Sebab itu saya takut hendak menandatangani sebarang kontrak dan saya guna wang sendiri untuk membiayai pelajaran saya diperingkat ijazah pertama mahupun PhD. Universiti beri saya cuti sabatikal dengan tajaan penuh tetapi saya tolak untuk menjag periok nasi saya. Di taja du puluh ribu tetapi kontrak 2 tahun. lepas tu takluk kepada pelbagai terma. Jadi sekarang ini saya dapat hidup tenang.
     Ada kes dimana ibubapa terpaksa jual rumah gara-gara kena bayar balik wang tajaan apabila anak mereka masuk angin ketika belajar. Nasib malang lagi penjamin diistiharkan bankrap sebab budak jaminan mereka tidak menepati syarat dalam kontrak dan penjamim tidak mampu bayar. 
     Jadi kalau hendak menandatangani sebarang dokumen mesti teliti dan perhalusi setiap perkataan. Kalau tidak dapat memenuhi syarat dalam kontrak lebih baik hindarkan diri. Kesimpulan nya, awas bila jadi penjamin. Biarlah ibu bapa budak-budak itu menjadi penjamin mereka sebab budak-budak itu kelak akan menimbulkan masalah seperti masuk angin, salah percampuran dan sebagainya.
rhirowati - rhirowati


--- On Mon, 1/31/11, Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com> wrote:

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Subject: RG09... Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, January 31, 2011, 12:50 AM



Biasiswa JPA: Yang tidak berjaya dibiarkan sahaja
Dr Rajiee Hadi  

BERHUBUNG pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kakitangan kerajaan yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan (master, PhD, diploma lanjutan dan seumpamanya)sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara kebiasaannya memperoleh Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Hadiah Latihan Biasiswa Persekutuan). Mereka yang berjaya biasanya juga memperoleh prestasi cemerlang dalam sistem pemarkahan prestasi PTK dan SKT dengan mamperoleh mata agreget yang tinggi dan sokongan daripada pelbagai pihak.

Dalam erti kata yang lain mereka adalah dikatakan penjawat awam cemerlang. Namun isu mereka yang sambung belajar sepenuh masa cuti bergaji penuh dan hadiah biasiswa latihan di peringkat ijazah lanjutan yang tidak berjaya meraih ijazah atau gelar sarjana atau kedoktoran bukan isu baru,Bahkan isu ini telah berlaku lebih 10 tahun lalu.

Justeru, sama ada mereka gagal atau berjaya itu adalah persoalan mereka. Soalnya, yang menjadi isu pokok pada zaman ini adalah persoalan menggunakan wang rakyat.Kita sedia ketahui berapa ramai di luar kepompong mereka ada ratusan bahkan ribuan penjawat-penjawat awam yang serius dan komited mahu menimba ilmu di peringkat sarjana dan PhD terpaksa belajar separuh masa menggunakan wang saku sendiri bahkan terpaksa menjual aset dan bergolok gadai, berderai air mata. Kita tidak mahu ada pegawai-pegawai kerajaan yang sambung belajar di UK atau USA atau di mana-mana luar negara disindir dengan kata-kata study on leave ke holiday on leave?

Sebenarnya penjawat kumpulan professional kerajaan hanya memerlukan minimum kelayakan akademik asas yang diambil kira ialah setakat ijazah pertama dengan kepujian untuk dilantik perkhidmatan awam kerajaan.
Oleh itu mereka yang  memiliki iazah lanjutan cuma dianggap satu bonus atau kelebihan. Apatah lagi biasiswa tersebut disebut 'Hadiah Biasiswa Persekutuan' atau dengan nama dan jenama lain mungkin dianggap 'tidak wajib berjaya'.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi, ijazah lanjutan adalah suatu keperluan utama. Kebiasaannya ditawarkan oleh JPA atau disalurkan di bawah mana-mana kementerian terutama Kementerian Pelajaran, Kemeneterian Pengajian Tinggi, IPTA, Kementerian Pertanian, Kementerian Belia & Sukan dan lain-lain lagi.

Yang kita tidak mahu, ada sesetengah mereka belajar sekerat jalan dan tidak tamat. Alangkah rugi dan membazirnya wang rakyat dan peluang anak-anak kita yang baru menjejak kaki ke menara gading di peringkat ijazah pertama yang terpaksa berhutang sana sini jika wang rakyat yang digunakan itu dipersia-siakan.
Kegagalan penjawat awam yang cuti belajar sepenuh masa dengan hadiah biasiswa  meraih ijazah lanjutan bukanlah suatu rahsia. Tetapi sehingga kini tidak ada sesiapa mempersoalkannya. Apakah dengan mengenakan tindakan denda ganti rugi atau caj biasiswa bertukar menjadi pinjaman atau dikenakan tindakan tatatertib maka penjawat-penjawat ini boleh dijamin berjaya?

Kepada mereka, janganlah dikhianati amanah dan wang rakyat. Baik yang belajar di luar negara atau dalam negeri, rebutlah peluang menimba ilmu dengan jayanya. Jangan kita sering dengar mereka berjaya membawa Mercedes Benz dengan APnya tetapi senyap-senyap membisu apabila ditanya apakah ijazah master atau PhD yang dirangkulnya… lngat, ini wang rakyat, hasil cukai daripada rakyat!
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




http://mail.yimg.com/a/a/stationery/static/liam_party_bottomright.jpg



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment