manusia yang paling jahat selepas firaun ialah pak kadir tu...dia yg memporak perandakan hal ni...padahal dia buat salah...mpsp x penah pon suka-suka nak p kacau org. penduduk taman pelangi yg complen peniaga-peniaga nih dh besaq kepala. kurang ajar...PAK KADIR NAK DAPAT TITLE 'DATOK' KOT....sbb tu dia kalut sgt...maklumlah...kalo buat binaan haram dan meniaga...hasil dari meniaga tu haram ke halal? tlg komen kawan-kawan ku sekelian.
osamaladen From: Neo Media Creative <neomcv@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, February 11, 2011 17:20:09
Subject: Re: RG09... GERAI MELAYU TAMAN PELANGI DIROBOH?????????
cuba pegi ke chow kit.. siapa yang ramai kat situ... bukan org tempatan pun... kalau malam ni dok main tayang mende ni kat berita, cukup 3 hari dok putar mende ni dlm tv...
2011/2/10 Hairuzi <msnapper@yahoo.com>
"
Semalam, kebanyakkan blog-blog pro UMNO yang beroperasi dari utara semenanjung iaitu di Pulau Pinang heboh melaporkan kononnya gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu yang bertempat di Taman Pelangi, Perai, Pulau Pinang telah dirobohkan dengan rakusnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPSP.
Mereka menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi para peniaga kecil yang ada di situ.
Rasanya yang mula memutar belitkan isu ini ialah Blog Media Permatang Pauh (korang carilah sendiri..), Blogger atau editor blog tersebut telah menyiarkan beberapa keping gambar dari tempat kejadian dan juga video temuramah dengan beberapa pemilik gerai yang kononnya telah menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU yang lalu.
Laporan oleh Media Permatang Pauh itu hanya menyatakan gerai milik Melayu tanpa menjelaskan perkara sebenar iaitu Melayu manakah yang dikatakannya itu.. Melayu Malaysia atau Melayu yang datangnya dari Indonesia yang menjalankan perniagaan di situ.
Sekeping gambar dari Media Permatang Pauh kat bawah ni..
Sedikit mengenai Taman Pelangi, merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri.
Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing.
Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai.
Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masaalah social.
Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai.
Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka.
OK.. Berbalik kepada isu kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai milik Melayu.
Perlu diketahui bahawa hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, ada antara mereka yang mendirikan gerai secara haram di atas tanah milik kerajaan.
Dan ada juga yang menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina.
Menurut Yang Di Pertua MPSP, pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman Tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut.
Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai.
Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen?
Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai.
Luahan ini juga sebenarnya telah aku dengar sendiri suatu masa yang lalu ketika bersama beberapa orang Ahli Majlis yang telah mengadakan dialog dengan penduduk di situ.
Sila sambung bacaan anda di SINI"
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment