Tuesday, February 22, 2011

Re: RG09... Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit

 

     Orang Cina menganut Islam tidak tinggalkan budaya mereka. Mereka tetap dengan pakaian Cina mereka dengan menutup aurat. Begitu juga dengan India. Lihat saja mamak - tetap dengan pakaian kebangaan mereka. Kita yang Melayu ini entahlah---------fikir-fikirlah dengan dada terbuka dan HEADS UP

rhirowati - rhirowati


--- On Sat, 2/12/11, zamriN <zamrinawi@yahoo.com> wrote:

From: zamriN <zamrinawi@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit
To: "Respeks Groups" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Saturday, February 12, 2011, 6:07 AM

 
Awak tahu ke TANDUK yg mana telah banyak mengislamkan org bukan islam memeluk Islam? Awak tak pernah tahu dan cuba nak tahu Tanduk kebaikan TANDUK tu.

Pi la cari info sikit jgn main menanduk nanduk je...


Sent from my BlackBerry®

From: Rosli Abd Ghani <roslighani@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 31 Jan 2011 07:10:39 -0800 (PST)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit

 
NI YANG SUSAH NAK KOMEN. MACAMANA NAK KAT YANG BETUL TU SALAH.
 
KALAULAH ADA KERAJAAN ISLAM YANG PERINTAH NEGARA KITA YANG MAJORITINYA MELAYU ISLAM (SEMENANJUNG) ,RAMAI SAYA RASA TAK KISAH KALAU SAUDARA BARU DAPAT SEBAHAGIAN HAK ISTIMEWA MELAYU.
 
MASAALAHNYA ORANG MELAYU ISLAM TAK LAH BERADA DI DALAM COMFORT LEVEL UNTUK BERDAYA SAING DAN BERUPAYA MEMILIKI NEGARA SENDIRI. RASANYA ORANG MELAYU TAK KISAHKAN SAUDARA BARU MALAH BERBANGGA KALAU SAUDARA BARU BANTU MELAYU CUKUPKAN KUOTA EKONOMI MELAYU ISLAM.
 
JADI USAHA LEBIH LAH ORANG YANG PANDAI UGAMA UNTUK MENARIK BANGSA LAIN MASUK ISLAM. NAK KATA BERDAKWAH BERSUNGGUH SUNGGUH DI PENDALAMAN MALAYSIA TIMUR.....KAT HUTAN PAHANG DAN KELANTAN PUN ORNG PANDAI UGAMA TAK ADA RUMAH TETAP DALAM HUTAN...
 
KALAU ASYIK LAWAN SAMA BANGSA (KEBANYAKANYA ISLAM) DAN AGENDA MELAYU DAH DIKETEPIKAN.....APALAH NASIB ANAK CUCU AKU...
 
TAK BOLEH KATA TOK GURU TAK BETUL..TAPI APA REMEDINYA BAGI BANGSA MELAYU AKU NI....YANG PASTI TAK NAK LAH PULAK PEROMPAK DAN KAKI RASUAH CHAMPIONKAN BANGSA AKU NI...
 
CAKAP SENANG TAPI BAGILAH JUGA PENYELESAIAN SAMBIL BERUSAHA MENGISLAMKAN YANG BARU DAN SEDIA ADA...INI ASYIK BERPOLITIK KAWASAN DAN ASYIK BERLAGUKAN AJARAN KEPADA KAWASAN SENDIRI DAN TIDAK BERANI AMBIL CABARAN...
 
AKU KAGUM DAN RASA RISAU DENGAN USAHA KAUM KRISTIAN DAN PROGRAM DAKWAH MEREKA. NI ASYIK GADUH SENDIRI
 
oh Sultan aku.....pulaslah tanduk dua orang melayu ni dan paksa jadi satu..
 
 
Thank You and Regards
 
Rosli Abd Ghani
General Manager - Human Resources & Administration
Pristine Oil (M) Sdn Bhd



From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sent: Thu, January 13, 2011 5:38:26 PM
Subject: RG09... Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit

 
 
Perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam - Nik Aziz 
(Harakah Daily) - Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam.
"Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupunpemimpin itu seorang hamba berkulit hitam," kata beliau ketika berucap di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam di Kota Darulnaim pagi ini.
Dalam masyarakat Arab jahiliyyah kata beliau, bangsa kulit hitam yang berasal dari Habsyah (Afrika) amat dipandang hina kerana mereka adalah golongan hamba abdi yang tiada sebarang hak malah boleh di jual beli.
"Rasulullah s.a.w. sengaja menggunakan kiasan ini untuk menunjukkan Islam membawa misi pembebasan fikiran yang dibawa oleh Islam supaya pengagungan bangsa dihapuskan," kata beliau.
Beliau mahu mana-mana pihak yang terus berbincang berkenaan ketuanan bangsa segera menghentikan amalan buruk itu kerana ia bukan sekadar bertentangan dengan konsep hak asasi manusia malah sesuatu yang bercanggah dengan Islam.
"Di akhirat kita semua akan hanya terbahagi tiga iaitu mereka yang beriman, orang munafik dan golongan kuffar," katanya.
Beliau bertegas tidak akan ada soalan tentang bangsa, warna kulit, bangsa dan keturunan di akhirat nanti melainkan tiga kumpulan ini sahaja.
Dalam ucapan itu beliau turut menyelar segelintir orang Islam yang menukar akidah Islam dengan pegangan sekular seperti nasionalis, sosialis dan seumpamanya.
"Mereka yang meninggalkan aqidah yang jadi simpulan pegangan kaum mukminin dengan memilih nasionalis dan ideologi ciptaan manusia lain akan menerima padah di akhirat di samping mereka akan menjadi permainan pihak lain di dunia ini," tambahnya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment