Thursday, February 24, 2011

RG09... Beberapa Gerai Peniaga Melayu Rembau akan diroboh?

 

Rembau ni dalam Negeri Sembilan kan !!! Negeri sembialn kan ditadbir dan diperentah oleh UMNO/BN. Siapa Menteri Besar Negeri Sembilan ??? Chua Soi Seks ke ??? Atau pemimpin DAP ke yang menjadi Menteri Besar N9 sekarang ini. Kalau DAP yang menjadi MB N9, memang betullah mereka mahu menghapuskan peniaga-peniaga Melayu UMNO ini.

Dalam media hanya disiarkan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan begitu zalim merobohkan gerai-gerai peniaga-peniaga Melayu. Peniaga-peniaga tu kan terdiri dari ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Lapor kepada Dato' Reezal Merican Naina Merican, mamak AJK Pemuda UMNO yang hebat tu supaya buat kenyataan media membantah tindakan PBT Majlis Daerah Rembau tu. Mamak Reezal Merican Naina Merican boleh kerahkan ahli-ahli Pemuda UMNO dan ahli-ahli GPMS untuk buat demonstrasi di hadapan Majlis Daerah Rembau atau di bangunan SUK Seremban bagi membantah tindakan PBT berkenaan dan meminta MB Negeri Sembilan campur tangan bag menghalang MDR merobohkan gerai-gerai berkenaan.

YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen  Rembau tidak ada kuasa ke menghalang MDR merobohkan gerai-gerai berkenaan. Bukankah Kairy Jamaluddin yang selalu melaungkan slogan Mempertahankan Ketuanan Melayu. Jika Khairy Jamaluddin sibuk sangat, mintalah bantuan dari mamak Reezal Merican Naina Merican kerana kedua-duanya adalah pemimpin Pemuda UMNO yang hebat.

Minta Ziee lipan, Abu Sampah bantu peniaga-peniaga berkenaan dan minta jasa baik Nas Isma Pegawai Penerangan UMNO untuk memberi penerangan kepada pegawai-pegawai Majlis Daerah Rembau itu



para_jump101....


. .

 

--- On Tue, 2/22/11, Suara@yahoo.com <Suara@yahoo.com> wrote:

From: Suara@yahoo.com <Suara@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Beberapa Gerai Peniaga Melayu Rembau akan diroboh?
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, February 22, 2011, 6:53 PM

 

Peniaga bimbang gerai diroboh
Sinar Harian 23 Feb 2011

Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.

Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan.

Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.

"Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran.

"Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa," katanya.

"Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8793886.asp


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment