Saturday, February 12, 2011

RG09... Ketua Ulama PAS N.Sembilan beransur pulih selepas pembedahan

Ketua Ulama PAS N.Sembilan beransur pulih selepas pembedahan
Posted on Saturday, February 12 @ 06:47:18 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: amkns

"
Unit Amal Negeri Sembilan yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan Saudara Nazri Esa telah menziarahi Ustaz Hassan Alias Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan yang telah menjalani pembedahan dilutut lebih lima bulan yang lalu.

Saudara Nazri Esa telah melawat Ustaz Hassan di kediamannya di Taman Selaseh, Port Dickson. Walaupun telah empat bulan Ustaz Hassan keluar dari hospital namun beliau belum pulih sepenuhnya, malah beliau perlu bertongkat serta dibantu pergerakannya oleh isteri beliau.

Walaupun dalam keadaan yang amat lemah, Ustaz Hassan menyuarakan hasratnya yang menebal untuk kembali mengajar kuliah agama di masjid dan surau sekitar Negeri Sembilan, namun keadaannya pada ketika ini tidak mengizinkan untuk beliau berbuat demikian.

Dalam perjumpaan yang singkat tersebut Saudara Nazri Esa telah menghulurkan sumbangan bagi pihak Unit Amal Negeri Sembilan bagi meringankan sedikit beban tanggungan Ustaz Hassan.

Kepada mereka yang ingin menziarahi Ustaz Hassan bolehlah menghubungi beliau di talian 019-3597540.

Sumbangan juga boleh dihulurkan melalui akaun Bank Islam Ustaz Hassan Alias di nombor akaun beliau 05049010006643.

Gambar lawatan Saudara Nazri Esa di kediaman Ustaz Hassan Alias pada pautan berikut di unitamaln9.blogspot.com

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment