Saturday, February 12, 2011

RG09... Pemuda PAS syor dialog Hari Kekasih

Pemuda PAS syor dialog Hari Kekasih
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Pemuda PAS Pusat yakin melalui dialog tertutup mampu mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu Hari Valentine.


Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat berkata demikian ekoran isu berkenaan semakin panas.

Semalam, katanya isu itu agak panas antara Pemuda PAS dengan Pemuda Gerakan dan DAPSY sementara hari ini antara Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dengan Pemuda Majlis Gereja Malaysia.


Menurutnya, perkara itu berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini.


"Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.

"Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat majlis dialog itu.


Beliau berkata, Pemuda PAS berpengalaman menjadi orang tengah dalam isu-isu pertembungan, contohnya mengatasi masalah isu Interlok sehingga sebahagian cadangan pihaknya telah diterima oleh Kementerian Pendidikan.


"Saya yakin dengan dialog tertutup mampu mengatasi masalah yang dihadapi," ujarnya.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli





It's here! Your new message!
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.

No comments:

Post a Comment