Tuesday, February 1, 2011

RG09... PESANAN BUAT PEJUANG AGAMA

 

SYEIKH MUHAMMAD ABDULLAH AS SUHAIMI [seorang Ulama silam berpesan]:
 
Pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah berlakunya Perang Uhud. Di mana umat Islam yang pada mulanya menang tertewas akibat perlanggaran sebilangan umat terhadap perintah Junjungan Nabi s.a.w.
 
Tetapi kalah - menang di dunia bukanlah penting kerana kedua-duanya cubaan dan ujian Allah s.w.t. Kalau umat Islam kalah tidak bererti Islam salah, kalau kekufuran menang bukan bererti ianya benar.
 
 Hal ini hendaklah difahami, kemenangan hakiki adalah di akhirat nanti, negeri yang kekal abadi. Kemenangan di dunia hanya sementara, silih berganti kerana Allah nak lihat siapa hambaNya yang benar-benar tulus ikhlas kepadaNya.
 
 70 orang sahabat Junjungan gugur syahid di medan Uhud termasuklah Singa Allah, Sayyidina Hamzah r.a. Syahid itu kemenangan hakiki, terus ke syurga dengan rahmat Ilahi. Syeikh Muhammad Abdullah As Suhaimi yang di gelar Kiyai Agung ajar anak-anak muridnya berdoa dalam sujud terakhir antara lain mohon "nashran 'adhziman" (kemenangan yang agung) yakni kemenangan di akhirat, lulus ujian dunia, selamat dari siksaan neraka, inilah kemenangan yang agung dan hakiki. Pengajaran Uhud hendaklah sentiasa di benak kita terutama sekali di zaman kita ini yang penuh ujian, di mana umat tertindas dan terhina.
 
 Teguhkan iman, teruskan perjuangan meraih ketaqwaan dan redha Ilahi. Kalah menang di dunia, bukan ukuran. Iman dan taqwa yang utama agar mendapat kemenangan sejati di negeri abadi.[Sumber]
 
 

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment