Wednesday, March 9, 2011

Re: Fw: RG09... Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000

 

isk isk macam kawan ni aruah isteri cikgu..

boleh tak kawan gi ngajar kat sekolah dia..
pasal kawan dapat pencen dia..
nak jadi suami mithali...isk isk hi hi hi

2011/3/10 ummie eimmu <misz_parquita@yahoo.co.uk>
 

bila masa pulak isteri pengetua masuk campur hal2 skolah nih?ishh penin2..mungkin skolah dkt madagascar kot hehehe...

--- On Thu, 10/3/11, Rosdi Yusop <rosdi@epsontoyocom.com> wrote:

From: Rosdi Yusop <rosdi@epsontoyocom.com>
Subject: RE: Fw: RG09... Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000Date: Thursday, 10 March, 2011, 3:19


 

bestlah ko nyer contoh. tapi aku nak kepastian. betul ke ada bilik utk isteri pengetua kat sekolah?
Yg paling penting, kita kena ingat bahawa PM dilantik setelah dia menang pilihanraya. isteri dia tak bertanding pun. jadi apa hak dia nak mengambil alih tugas2 rasmi PM?
Kalu isteri PM bole ganti tugas2 rasmi masa PM sakit atau sibuk, apa guna PM lantik TPM?


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Abu 'Aesyah ©
Sent: Thursday, March 10, 2011 9:12 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: Fw: RG09... Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000

 

Contoh mudah...dalam sebuah sekolah..jawatan paling tinggi ialah pengetua/guru besar...tapi dalam sekolah tu ada bilik khas utk is3 pengetua/guru besar...kalo ada event2 rasmi sekolah pengetua/guru ada disitu gak akan ada is3 pengetuan/guru besar...jika pengetua MC/cuti sakit...is3 pengetua akan wat keje2 pengetua/guru besar dia..sbb dia seorg is3 solehah...taat pada suami...membantu kerja2 suami dia yg banyak....dlm sekolah tu ada pelbagai jawatan guru..kkdng is3 pengetua tu tolong buatkan..sbb guru2 tu x pandai buat keje...kalo ada urusana2 rasmi melibatkan guru2 diluar sekolah..is3 pengetua tu turut pergi jika pengetua/guru besar tak dapat hadir..sekian



From: Mohammad zahid <mzahid.ag@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, March 9, 2011 5:30:55 PM
Subject: Re: Fw: RG09... Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000

 

elok sungguh la tu..... lagi elok dimansuhkan jawatan2 menteri yg berkaitan... bagi je kat FLOM uruskan semua...... 

paling tak boleh terima "secara professional" kah kah kah ....... 

2011/3/9 MKR <khalidiramli@gmail.com>
 

Secara professional, ianya terlalu dipolitikkan. Jika dilihat hasil dari lawatan itu, sumber berita, publisiti untuk Malaysia, lawatan ini secara tidak langsung memberi ruang berita yang meluas melalui Al-Jazeera, CNN, Reuters, dsb.
 
Publisiti secara percuma untuk NAMA MALAYSIA sahaja, jika kita melakukan iklan menerusi Media Utama contohnya, jumlahnya jauh lebih besar untuk hanya separuh muka akhbar tentang Malaysia.
 
Begitu juga dgn projek Angkasawan Malaysia, Projek Sukan Formula 1, dulu kecoh kata guna duit rakyat, padahal yg sebenarnya, dari hari pertama Negara kita telah mendapat pulangan dari acara Formula 1 di Litar Sepang. Dari tempahan bilik Hotel, Industri Pelancongan diaktifkan, Hak Penyiaran TV & Berita. Selaku Penyiar Rasmi, Media seluruh dunia terpaksa membayar kepada RTM berjuta RM dalam masa sehari event.
 
Lihatlah sesuatu isu dari mata burung, jgn lihat dari mata tempurung! Hayati lirik lagu M. Nasir.
 
Jangan terlalu memperlekehkan peranan WANITA. Jgn anggap bila jadi Isteri, WANITA hanya perlu duduk di rumah sepenuhnya. WANITA juga memiliki kelebihan dalam membantu lelaki.
 
Salam Ikhlas.

2011/3/9 fazlur elyna <fazlur_4003@yahoo.com>
 

patut ler duit kerajaan cepat habis...
rosmah dok melatak jer gi lawatan.....
huhuhu...
----- Forwarded Message ----
From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, March 9, 2011 14:30:22
Subject: RG09... Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000



Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000
Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.


Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.


Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.


Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.


Turut dipertikaikan, duit rakyat yang digunakan untuk menanggung kos lawatan tersebut di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.


Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.


Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.


Berhubung isu jabatan First Lady of Malaysia (Flom) yang sebelum ini dimuatkan dalam web Pejabat Perdana Menteri pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.

Jabatan itu kini kata Nazri sedang dalam proses penyelenggaraan.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli











__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment