Dr Asri: Poco-poco harus, bukan haram
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.
Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.
Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.
"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.
Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.
"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.
Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.
Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.
From: naimar sukri <naimatsukri@yahoo.com>
Date: 2011/3/31
Subject: Re: RG09... Mufti Perak vs Dr Mashitah?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Masitah ni dah tak boleh pakai
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: mahligai@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 31, 2011 6:03:08 PM
Subject: Re: RG09... Mufti Perak vs Dr Mashitah?
jenuh le
semua dok bertelagah isu2 kecik
benda yg bukan ptg sgt pun
yg penting2..tak pedulik le plak nak fatwa haram
.isu aurat tak haram2 pun
isu judi tak haram2 pun
isu arak tak haram2 pun
benda2 kecik camni pun mufti bertelagah pung pang pung pang
last2 isu pokok macam haram jadah sape pun tak berani nak berkeras kata haram
pirahhhhhhhhhhh sembang je deraihhhhhhhhhhh
From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 31, 2011 5:53:34 PM
Subject: RG09... Mufti Perak vs Dr Mashitah?
Mufti Perak vs Dr Mashitah?
Klik utk lihat dengan jelas Assalamualaikum WBT,Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara menimbulkan tanda banyak tanda soal. Adakah kenyataan beliau atas desakan politik atau sebagai seorang 'ustazah' yang satu ketika dulu disegani banyak pihak.Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak tidak sesuai untuk seluruh Negara? Musykil ni. Nak hurai lebih-lebih nanti kena saman pula. Maklumlah, penulis tak berlesen. Mungkin yang suka berpoco-poco ni akan berdiri teguh dibelakang 'ustazah' ni. Dan saya percaya selepas ini pendapat seorang Mufti akan dibidas oleh banyak pihak. Tunggu....
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment