Wednesday, March 30, 2011

RG09... Poco poco

 

Tarian Poco Poco Haram kata Mufti Perak
Posted on Wednesday, March 30 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: amkns

"Kosmo 30 Mac 2011 . IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

(Gambar-gambar Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di laman Web Puteri UMNO di portal puteriumno.my)

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

"Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber: kosmo.com.my

TARIAN POCO-POCO HARAM
Utusan Malaysia 30 Mac 2011

Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian.

Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan. Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib.

Saya berharap Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa. GRED S 22Kuala Lumpur

Sumber: utusan.com.my


"




--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment