perigi ande dah..tok berair jugok..pahpaleh....hi hi hi
negeri dan pemimpin kaya raya.....rakyat tadah air sungai....ok le tuh....dok perabeh kat genting jek kot....kalao buat sistem air termoden pon baguih
From: "Mohamad Rosli Bidin,HoSHAS" <mrosli@radicare.com.my>Sent: Thu, March 31, 2011 6:58:44 PM
Subject: RE: RG09... Air air air
Mengkala xde air sokmo..sape nok duduk homestay.. kena mandi ngan air mineral.. x daye..abang kamal tu bebaik kalo nak cari telaga baru..takut kena hak xde mata air..kering juga jawabnye.. he22… ramai rhodong koi glamor masuk tv sebab xde air ni.. masuk surat kabo lagi..
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of halawah shop
Sent: Wednesday, March 30, 2011 12:35 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Air air air
Masolahnya ande tersenarai rumah koi... tu koi tak daye tu... Taman Seberang Temerloh tu. Adoiiiiiiiiiiiii. Hujung tahun ni koi nok pindah situ dah... keknya hujung minggu je. Hari biasa koi nak buat Homestay... Agoknya wei ande yang nak duduk homestay koi tu??? Hahahaha
2011/3/30 JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
mujo rumoh koi kat sana tu tepi sg pahang. keknye x daye juge nak ngangkut air sokmo.air dahla keruh manjang.. kalau buat teh, takyah buat pekat2 teh tu..paip lama dah ada, bile jentik kepala paip, barulah keluar setitik....padahal kampung tu dekat sgt dgn bandar.
sian kat aok yek bang kamal. lama ngat dah tak berairnye... carila telaga baru... bang rosli tu bleh la tolong carikan kat sepito temerloh tu... hehehe...
JO 9 D
From: kamal zaman <kamalzaman@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, March 30, 2011 2:50:36 PM
Subject: Re: RG09... Air air air
dekat pilihan raya sok baru ada air...hihihihi
kawan lama doh tak berair..hi hi hi
2011/3/31 Mohamad Rosli Bidin,HoSHAS <mrosli@radicare.com.my>
Air kita dah di anto ke Serawok bang… dulu anto keKerdau…Gone gaye la yak.. kena buat parit besor salurkan air sungai ketaman2… takyah pakai paip kut..he2
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of JO 9 D
Sent: Tuesday, March 29, 2011 2:10 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Air air air
weh.... sedihnya kampung laman koi takde air mase ni??.... mana pulok peginye air tu.... sungai pahang bapokla besonye... apa dah jadi ni??... nampok gayanya kena tunggu PRU13 la baru ada air..
JO 9 D
From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; melayu-trade@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; Islamic-ebook@yahoogroups.com
Sent: Tue, March 29, 2011 3:20:34 PM
Subject: RG09... Air air air
10,000 penduduk Pahang mengamuk, mana Menteri Besar?
Posted on Monday, March 28 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns
"TEMERLOH 28 Mac 2011 – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin. Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah kepada JBA.
"Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran. Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran.
Jumlah itu tidak mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini. Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu telah berlarutan sejak hampir sebulan.
"Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan selesai," katanya.
Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk bermula kelmarin.
Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.
"Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga," katanya.
Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami masalah kelewatan ke sekolah. Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah setiap hari.
"Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.
"Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga yang mempunyai anak kecil," katanya.Error! Filename not specified.
Error! Filename not specified.
Error! Filename not specified.
Sumber: utusan.com.my
Dari Blog: selamatkanpahang.blogspot.com"
--Kedai Online : Halawah Shop
Laman web : Susu kambing hi goat
Berminat untuk jadi ahli : Sila ke web : Daftar ahli
--Kedai Online : Halawah Shop
Laman web : Susu kambing hi goat
Berminat untuk jadi ahli : Sila ke web : Daftar ahli
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment