Kontroversi 'Radioaktif' Rare Earth, Seramai '100 Orang Aktivis' Telah Berdemo Secara Aman Di Jalan Ke Parlimen Awal Pagi Tadi
Sidang media yang diadakan dilobi parlimen tentang isu itu pagi tadi
Presiden Stop Lynas, Save Malaysia sedang beri kenyataan medianya
Kenapa Menteri Masih Membela Projek Tersebut
[Pelaburan itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007. Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya. Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian. "Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi," kata Maximus Ongkili ketika ditanya tentang hal ini. Soalnya sekarang ia tetap bahan radioaktif dan cukup merbahaya kepada rakyat. kenapa harus terus beri alasan untuk menutup kelemahan. Jika rakyat didahulukan sila batalkan saja projek ini]
Kontroversi Radio Aktif "Rare Earth", Kenapa MCA Dan NGO Cina Lebih Prihatin Membela Nasib Rakyat Daripada Pemimpin UMNO
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan. "Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum. "Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, semalam. Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut. Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut. Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak dapat maklumat yang jelas berhubung status loji.
[Nampaknya, pemimpin UMNO Pahang terus menikus dalam hal ini. Macam-macam alasan yang diberikan termasuk projek tersebut menawarkan lebih 500 orang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sebagainya. Namun, itu bukan persoalan yang mahu diterima rakyat. Mereka mahu projek itu dibatalkan kerana ia akan menakutkan mereka yang terpaksa menjalani kehidupan di situ untuk tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Pemimpin boleh bertukar ganti, tetapi siapa yang akan tanggung segala penderitaan ini andai kejadian yang berlaku di Bukit Merah Perak berulang kembali disini. Nyawa rakyat perlu diutamakan daripada keuntungan semata-mata. Pemimpin politik dan NGO Cina lebih pritahin kepada nasib rakyat sekarang ini. Soalnya, mana pergi pemimpin UMNO dan NGO seperti Perkasa, GPMS dan lain-lain yang selama ini menjadi juara dalam banyak isu. Sila tampil membela rakyat dan jangan menikus dibelakang politik murahan pihak yang ada kepentingan dalam projek ini. Mereka makan hasil tapi rakyat yang tanggung penderitaannya].
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment