Thursday, March 31, 2011

Re: RG09...DSAI Bakal PM 1Malaysia... Anda Setuju?

 

Rasanya slogan 'Berani kerana benar dan takut kerana salah' tidak relevan buat masa ini. Sebabnya ramai juga dikalangan pemimpin yang pernah dituduh tidak mahu tampil untuk menjawab tuduhan dan tidak pernah bersumpah.. contoh yang masih diingati.. ketika kes liwat 1, antara saksi yang sepatutnya memberi keterangan di mahkamah ialah Tun Mahadir sendiri..tak payah ulas panjang semua dah tahu.. dan Tun Mahadir tidak pula bersumpah laknat bahawa semua bukti yang dia kumpul adalah benar. Rahim Thambi dituduh memperkosa gadis bawah umur hingga mengandung.. tiada sumpah laknat yang dibuat...Rais Yatim dituduh merogol pembantu rumahnya dan tuduhan dari NGO negara jiran.. tiada sumpah laknat untuk menafikan tuduhan Khir Toyo dituduh rasuah hingga mampu memiliki kediaman berharga ratus juta, tiada sumpah laknat untuk menafikannya.... BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH adakah khusus kepada DSAI sahaja...
 
Teringat cerita Ustaz Zahasan.. dalam program Tafsir Al-Quran Radio IKIM kesah seorang sahabat Nabi yang dijamin menjadi ahli syurga bersumpah bukan untuk membebaskan dirinya dari tuduhan tapi untuk menyelamatkan orang menuduhnya. Adakah hal ini sama dengan sumpah yang berlaku pada hari ini, sumpah untuk menyelamatkan diri dan menjahanamkah orang lain. 


From: ahmad badri abdullah <badri_krc@hotmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 31 March 2011 19:08:46
Subject: RE: RG09...DSAI Bakal PM 1Malaysia... Anda Setuju?

 


Dengan bersumpah itu, sekurang-kurangnya dapat juga mengembalikan keyakinan rakyat pada dia walaupun mungkin tak boleh menghapuskan bukti-bukti di mahkamah. tapi kalau bersumpah pun tidak, bukti di mahkamah pula ada, kesimpulannya kita kena fikir-fikirkanlah. Bagi saya, saya akan sanggup bersumpah kalau tidak bersalah, dan kemudian naik mahkamah pula untuk mendapat keadilan. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: azwarain@gmail.com
Date: Thu, 31 Mar 2011 14:39:58 +0800
Subject: Re: RG09...DSAI Bakal PM 1Malaysia... Anda Setuju?

 
Kalau soal bersumpah itu menjadi suatu isu yang besar. Maka, anggap ajelah adegan bersumpah tak pernah dibuat. Dan anggap ajelah takde siapa pun yg desak anwar bersumpah. Macam yang saudara hilmi ckpkan 'Kes liwat yg pertama, walaupun akhirnya di dapati tidak bersalah, terdapat nota2 dari hakim2 yg bersidang yg mengatakan bahawa ada 'homosexual activities' yg berlaku.' Anwar sendiri tak pernah membantah keputusan hakim ini.

Dan sekiranya Anwar berani bersumpah, adakah sumpah ini boleh mengenepikan segala bukti dan saksi yang nampak tak memihak pada anwar?

Saya tak berniat nak memihak pada sesiapa pun kerana pada saya, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan memang bersalah. Tapi sebelum kita semua nak selisih pendapat ada baiknya semua kat sini baca & fahamkan kes perbicaraan mahkamah dr awal sampai sekarang di sini. http://malaysianstory.wordpress.com/



2011/3/31 Arifin bin Jusoh <arifin@uum.edu.my>
Salam semua.

Bersumpah menjunjung Quran?  Saya rasa, sebelum kita pergi jauh'merewang2', apa yg perlu kita tahu ialah:

1)  Adakah bersumpah itu mengikut ajaran Islam / mengikut apa yang dituntut oleh syara', atau tidak
2)  Adakah tidak bersumpah menjunjung Quran itu membuktikan sesorang itu bersalah

Sebaiknya orang yg arif atau ulamak menjawab soalan ini, bukan orang jalanan (m,an in the street/ layman) macam saya.

Barulah kita boleh membincangkannya tanpa 'merewang' tah apa2.  Maaf cakap.

________________________________________
From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mohd Hilmi [hilmi@sspsb.com.my]
Sent: Thursday, March 31, 2011 10:27 AM
Subject: Re: RG09...DSAI Bakal PM 1Malaysia... Anda Setuju?

Aku dah agak dah, ada yg terjentik....sebenarnya 'pendapat aku tak kosong tak bermakna', cuma org yg 'kosong otak' saja yg akan anggap pendapat aku kosong tak bermakna..kosong otak sebab malas nak berfikir panjang, malas nak melihat realiti, malas nak berfikir 'out-of-box', last2 sekali tuduh org 'pengikut kejahilan'...lain kali bagi pandangan yg bernas sikit & jawab kemusykilan org, bukan buat 'diversion'..diversion ni mcm 'traffic diversion' yg paling org tak suka..bawak kereta 'XStreme' pun tak selesa...



----- Original Message -----
From: xstream<mailto:pejal71@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 30, 2011 11:52 PM
Subject: Re: RG09...DSAI Bakal PM 1Malaysia... Anda Setuju?



Apalah yang diharapkan dengan bicara sivil, kalau bicara syariah dah lama yang menuduh kena sebat, apalah kita yang suka sebut Allah Allah nih masih dok mengharap keadilan manusia dan mengetepikan syariat. Sudahlah hukum hudud tak mahu ikut, masih duduk atas pagar, masih ketidaktahuan dalam membimbing diri ikut jalan yang Allah gariskan. Masih juga memberikan pendapat kosong tidak bermakna, masih jauh dari bertindak membuat keputusan, masih menungguuuu.. dan menunggu siapa benar siapa salah, masih jadi pengikut kejahilan. Kesian.


2011/3/30 Mohd Hilmi <hilmi@sspsb.com.my<mailto:hilmi@sspsb.com.my>>


Salam warga respek,

Ya, cukup2lah komen pasal English language...mari kita berinteraksi mengenai isu statement 'Nas_Isma'.

Sy ni org biasa saja, nak kata pandai politik pun tidak, tapi byk jugak berfikir dgn benda2 yg berlaku termasuk politik semasa.

Banyak perkara yg berlaku yg menjadikan masyarakat tertanya2 samada betul ke tidak saudara A terlibat di dalam semua skandal liwat/seks yg dituduh. Kes liwat yg pertama, walaupun akhirnya di dapati tidak bersalah, terdapat nota2 dari hakim2 yg bersidang yg mengatakan bahawa ada 'homosexual activities' yg berlaku. Bolehkah sesiapa menyangkal atau menghilangkan keraguan masyarakat dgn statement itu. Kes kedua dgn saudara S..Saudara S sanggup bersumpah di depan Al-Quran, sedangkan saudara A tidak mahu bersumpah sedangkan kalau sebenar2nya kejadian itu tidak berlaku, Saudara A harus jugak bersumpah untuk meyakinkan masyarakat dan menguatkan tanggapan org ramai bahawa kejadian itu tidak pernah berlaku. Tambahan pulak diberitakan setakat ini, ada DNA 'Y' dalam "tutttttt" S sedangkan bukannya mudah malah tak masuk akal nak berkonspirasi utk tanam DNA 'Y' dalam "tuttt" S. Jadi, jangan salahkan atau memaki hamun sesetengah org yg 'berpendapat' atau 'berpersepsi'  'mungkin' ada kebenaran sesuatu yg terjadi itu. Sy sebut 'mungkin', mungkin betul, mungkin tidak.....dan 'berpendapat' dan 'berpersepsi' , yg tidak boleh disamakan dgn menuduh atau memfitnah..

Semua kesalahan samada rasuah, politik wang, penyalahgunaan kuasa atau jenayah moral/peribadi/seks/liwat (andainya dilakukan pemerintah ataupun pembangkang) etc adalah sesuatu yg amat besar dan tidak boleh dimaafkan, seandainya seseorang itu ingin menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia, atau menjadi PM Malaysia..

Jadi, untuk menjawab soalan  "DSAI Bakal PM...1Malaysia....Anda Setuju?.........tunggu habis kes mahkamah dulu lah... Kalau di dapati tidak bersalah, maka layaklah..Kalau di dapati bersalah, tidak layaklah..Itu pun kalau keputusan mahkamah dihormati..Kalau mahkamah & setiap keputusannya masih diragui, kita tidak perlu bersusah payah untuk bertanya atau menjawab soalan2 macam ni...baik kita duduk diam2 buat kerja masing2, buat amal ibadah & jariah & harap Allah ampun dosa2 kita selama ini..

Akhirnya, bagi saya setiap org ada persepsi masing2, dan kadang2 ketaksuban dan simpati kita yg membuak2 & keterujaan kita kpd aura-kepemimpinan & imej seseorang itu menyebabkan kita akan mempertahankan sesuatu atau seseorang itu walaupun apa2 pun bukti yg dibangkitkan...perkara ini tidak perlu dipersalahkan sebab itu adalah lumrah hati manusia..Sy berdoa semoga Allah swt akan menunjukkan jelas kepada kita bahawa 'kebenaran itu adalah kebenaran, dan kebatilan itu adalah kebatilan..'..& perkara2 yg jijik/dangkal yg dituduh itu tidak pernah berlaku,,tetapi andainya ia betul2 berlaku, malang lah nasib bangsa Melayu....Wallhualam




----- Original Message -----
From: Mohd Yusof<mailto:modysof@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com<mailto:respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 30, 2011 5:55 PM
Subject: RG09...DSAI Bakal PM 1Malaysia... Anda Setuju?



Nas Isma:

Anwar has entered UMNO politics since 1983, I was a lecturer at ITM Terengganu and entered UMNO politics since 1981 at Bandar Kluang Branch. I am much younger than him but more senior in term of membership. He climbed the ladder of success and gained political power smoothly because of support from Dr M but he was sacked in 1998 because of his wrongdoings. Yes he is popular but do not forget, no one is perfect anyway... I believed with all the lies and troubles he brought to himself, to his family, to his fellow friends and to his country... he is not worth it to become our next Prime Minister. What do you think?

.. tetapi menghina dan menuduh yang bukan-bukan terhadap sedara sendiri tentulah tidak baik.

Salam warga Respeks

Saya terlepas banyak thread yang berkaitan namun izinkan pula mencelah sebagai pemerhati politik....Rasanya saya belum lagi berkesempatan membaca komen terhadap statement di atas yang mendapat sambutan agak luar biasa juga daripada di kalangan cerdik-pandai orang Melayu...

Bahawa itulah sebenarnya tujuan kita bila berinteraksi di maya ini tanpa perlu mahu terikut-ikut rentak tarian si pemukul gendang jika kita sendiri tidak mengenali sepak terajang seni silat biar pun sekadar dalam bentuk tarian... Jika ingin mencari kelainan maka sudah pasti dengan memasuki gelanggang pilihan hati ATAU terus sahaja menjadi ahli kumpulan sorak?

Oopps, mujurlah DSAI ini Ketua Pembangkang merangkap Penasihat PKR, er, nasib beliau terselamat oleh ketokohan yang diunggulinya... jika tidak, sudah pasti beliau sudah lama tersungkur! Apa pun bukti konspirasi tetap menjadi duri dalam daging selagi kes ini belum selesai di mahkamah namun persepsi yang menjadi teka-teki ialah sama ada kes fitnah-tuduh-liwat ini mengatasi isu rasuah, politik wang dan penyagunaan kuasa.. Persoalannya: apakah anda cukup selesa berada di bawah sistem perlembagaan tanpa perlu mengurangkan 2/3 majoriti sekurang-kurangnya!?






--
http://formulaluarbiasa.com/recommends/buatduitcepat
Beli Gadget Murah klik
http://www.shareasale.com/r.cfm?b=152121&u=409722&m=18925&urllink=&afftrack=



Disclaimer:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Universiti Utara Malaysia (UUM) immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of UUM and/or its group of companies shall be understood as neither given nor endorsed by UUM and UUM accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.


------------------------------------

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
   http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
   Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
   http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
   (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
   respeks_group-digest@yahoogroups.com
   respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
   respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
   http://docs.yahoo.com/info/terms/



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment