Wednesday, March 30, 2011

RG09... Permulaan Kearah Perhimpunan BERSIH 2.0

 

Nak ke kerjaan sekarang tunaikan 1 tuntutan tu, Tuntutan itu akan mengutungkan pihak pembakang dan kerajaan susah utk memanipulasi undi / pengundi.

Lagi banyak alasan di utarakan nanti.



Sent from my BlackBerry®


From: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 28 Mar 2011 06:53:55 -0700 (PDT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... [Perisik Rakyat®] Permulaan Kearah Perhimpunan BERSIH 2.0

 

Alhamdulillah apa yang gua cuba gerakkan beberapa hari lepas mendapat respon dari PAS Temerloh hari ni.

PAS Temerloh usul perhimpunan Bersih 2

TEMERLOH, 28 Mac: Masyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh ke 24 semalam (Ahad) meluluskan usul menuntut PAS Pusat supaya menggerakkan perhimpunan BERSIH 2 bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Usul daripada jawatankuasa yang dibawa oleh Amiruslan Manaf itu, mahukan pertandingan demokrasi yang betul-betul telus dan adil bagi membolehkan rakyat dapat menilai dan memilih pemimpin mereka tanpa dipengaruhi penipuan dan ugutan.

"Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Temerloh menggesa PAS Pusat menggerakkan perhimpunan sejuta rakyat BERSIH 2 bagi menuntut proses demokrasi yang adil sebagai mana tuntutan yang terdahulu iaitu akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik.

"SPR juga mesti melaksanakan penggunaan dakwat kekal (celup jari) untuk menghalang pengundian berganda. Selain itu memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara," tambah Amiruslan.

Tambah Amiruslan lagi, PAS mahukan satu sistem baru di mana semua warga negara ini layak mengundi apabila berusia 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

"Kami juga mahukan tuntutan baru iaitu persempadanan kawasan pilihan raya hendaklah mengikut perlembagaan negara iaitu berdasarkan persempadanan geografi dan sosio ekonomi, bukannya berdasarkan kehendak parti politik.

"Yang keduanya melanjutkan waktu tempoh berkempen sekarang daripada sekitar 8 hari kepada 21 hari sebagaimana yang diamalkan di negara-negara komonwel yang lain," ujarnya.

Amiruslan juga berhujah, PAS yang memiliki ahli paling ramai dalam komponen Pakatan mestilah dilihat lebih menonjol dan terkehadapan dalam usaha menuntut demokrasi. PAS tidak seharusnya dipandang berada di tempat ketiga bagi tujuan menuntut keadilan itu.

Beliau mengingatkan BERSIH 1 telah berjaya membuatkan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh.

Sementara itu PAS Temerloh memeilih kepimpinan baru semalam iaitu Haji Jusoh Darus sebagai Yang Di Pertua, Hassanuddin Salim timbalannya dan naib pula ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad.

Kesemua mereka menang selepas bertanding satu lawan satu.
Masa mula-mula gua cuba nak gerakkan idea himpunan BERSIH 2.0 ni gua tak terfikir pun nak cuba bersepakat dengan mana-mana parti politik sebab gua fikir gua nak gerakkan Perhimpunan ni atas nama "Rakyat".

Penggeraknya ialah para blogger baik pro Pakatan Rakyat mahupun pro Barisan Nasional.

Dalam fikiran gua, kalau gua gerakkan idea ni dengan parti politik, ianya akan dipolitikkan walaupun menatang ni 110% memang politik.

Masa gua dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu atas bas tadi gua pos dalam Twitter gua "Brp rmi antara kita s2ju adakan prhmpunan 500k BERSIH 2.0 kearah Pilihanraya yang telus & adil untuk Malaysia baru..? Sila respon." & Alhamdulillah dapat respon yang membanggakan.

Ada jugak followers Twitter gua tanya Armand PERKASA dalam Twitternya adakah Armand PERKASA akan sertai perhimpunan ni..? jawab Armand dalam Twitternya "Mai jer bro :)".

Jadi gua pun terfikir untuk ajak sekali Khairy Jamaluddin untuk join kami dalam menggerakkan agenda BERSIH 2.0.

Gua nak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman & pegangan politik bersama-sama bergerak dalam melakukan perubahan dalam sistem Pilihanraya Negara Malaysia.

Kita mahu Pilihanraya yang telus tanpa manipulasi mana-mana pihak.

Tujuan kita menuntut Pilihanraya yang telus ialah supaya rakyat benar-benar diberi kuasa dalam menentukan pilihan mereka dalam memilih siapa yang layak meneraju Kerajaan Malaysia.

Gua pendekkan cerita.

Cuma dalam usul yang PAS Temerloh usulkan tu ada beberapa perkara yang gua agak tak bersetuju. gua tak setuju bukan sebab ianya tak praktikal untuk dituntut tapi sebab kita kesuntukan masa.

Lepas gua fikir-fikir banyak hari, gua dah buat keputusan untuk memasukkan CUMA 1 TUNTUTAN SAHAJA dalam agenda BERSIH 2.0.

Tuntutan tunggal yang gua rasa praktikal untuk dibuat ialah - PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL.

Bagi gua, makin banyak tuntutan dibuat, makin luas peluang Pemerintah Kuku Besi bagi alasan untuk tidak menunaikannya.

Faktor paling penting bagi gua ialah faktor masa & kita kena ingat, pemerintah yang berkuasa sekarang tidak efektif & tidak pandai menggunakan kemudahan moden yang ada untuk mempermudahkan urusan.

Jadi korang fikirlah sendiri.

1 tuntutan sahaja dah memadai bagi gua dan ianya mudah untuk dipenuhi sebagai permulaan lagipun masa kita tak banyak. jangan merumitkan lagi keadaan.

Gua ada beberapa rancangan awal yang akan gua bincangkan dengan geng-geng blogger & gua akan cuba gerakkan idea ni sebaik sahaja habis Pilihanraya negeri Sarawak.

Sama-sama kita berpadu menggerakkan Perhimpunan BERSIH 2.0.

Allahu Akbar...!!!



--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 3/28/2011 09:49:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment