Tuesday, March 8, 2011

Re: RG09... CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus

 


 
Kerajaan pun kena main peranan jangan biarkan pekedai menaikkan harga sesuka hati dan menyalahkan kerajaan semula atas kenaikan harga tu. Apa menteri berkaitan buat?
 
Buat tak reti aje kot..

 
 

--- On Tue, 8/3/11, nasrudin shafie <nasbaah2000@yahoo.com> wrote:

From: nasrudin shafie <nasbaah2000@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 8 March, 2011, 5:21 PM

 
CAP terlalu percaya kepada cakap pekedai. Pekedai sebenarnya sengaja menaikkan harga untuk mengambil untung yang keterlaluan dan melambakkan alasan kenaikan harga kerana kenaikan harga barangan.
 
Kalau gula naik 20 sen dari RM1.90 ke RM2.10, bayangkan kalau satu cawan menggunakan 2 sudu teh untuk satu cawan teh/kopi, agak2 la berapa cawan yang pekedai boleh buat teh/kopi dengan 1 kilogram gula?
 
Saya agak je la, kalau sekilogram gula boleh buat sehingga 50 cawan teh/kopi dan gula naik cuma 20 sen, satu cawan baru 0.4 sen kos tambahan kepada pekedai. Apa salahnya kalau pekedai sedekah je 0.4 sen tu?
 
Apa yang pekedai dapat ialah setiap satu cawan kenaikan 20 sen, menjadikan RM10 keuntungan dengan hanya kenaikan 20 sen gula. Melampau.
 
Salahkan pekedai.
 
Kerajaan pun kena main peranan jangan biarkan pekedai menaikkan harga sesuka hati dan menyalahkan kerajaan semula atas kenaikan harga tu. Apa menteri berkaitan buat?


From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Sent: Thursday, 3 March 2011 18:30:25
Subject: RG09... CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus

CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus
Mac 3, 11 10:15am
Kongsi 632
Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
NONEPresidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.
"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.
NONEKatanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.
"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.
"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.
Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.
mamak restaurant 271206 open stoves"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.
"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.
Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.
mamak restaurant 271206 patronsSehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.
"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.
"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment