Sunday, March 27, 2011

Re: RG09... Dr Asri-Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah

Perhimpunan Politik Bersih @ Anti Politik Lucah?? Ibarat menyatakan pd anak, JANGAN PANJAT PoKOK!! Anak akan panjat jugak! Maka, cadangan saya baik guna perkataan yg POSITIF.. Sekadar cadangan dr hamba yg kurang ilmu.. ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 27 Mar 2011 00:48:57
To: Malaysianews<MalaysiaNews@yahoogroups.com>; <blalang_group@yahoogroups.com>; ReSpeKs2008<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Dr Asri-Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah


Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah

Disiarkan pada Mar 27, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan
<http://drmaza.com/home/?cat=5> |

*ADAKAN PERHIMPUNAN ANTI POLITIK LUCAH*

Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi
menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua
pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan
mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan
media di negara ini. Kita menentang *POLITIK LUCAH* dan *POLITIK SELAK
KAIN*. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri
sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;

1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan
mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman
terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO,
PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia
dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi
orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya
hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau
setelah memangsakan orang lain.

2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak
disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan
generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik
hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih
dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan
peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan
tidak menafikan ketegasan.

3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau
penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang
menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh
masyarakat bermaruah.

4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea
ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang
bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang
kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi
dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang
sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh
disebabkan gagal membina kekuatan diri.

5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan
penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik
kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan
kebenaran.

/- Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin/

--
*


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail
Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/>WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
<http://www.pendekarblogger.com/>
**WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM
<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/> (New)**
***** <www.harunyahya.com>** <www.harunyahya.com>*WWW.HARUNYAHYA .COM
<http://www.HARUNYAHYA.com/>*** <www.harunyahya.com>*
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>
**** : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>**<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/><http://www.pendekarblogger.com/>

***** <www.harunyahya.com>**-Whomsoever ALLAH guides, none can lead
astray and whomsoever He send astray, none can guide.

<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment