Wednesday, March 23, 2011

Re: RG09... Eskay: 'Saya dalam video itu'

Mengikut yang saya baca Datuk Eskay mengatakan 'saya ada dalam video tu', bukannya 'saya dalam video tu'. Secara logik takkan la Datuk ni dengan bodohnya nak mengaku dia la pelakon tu...watak utama dalam video tu. Dia juga mengatakan dia yang bawa pelaku / watak utama tu masuk ke dalam bilik hotel tu ikut pintu perantara. Memang sebelum ini ada diberitakan ada imej lelaki pengiring.  

Nampaknya kata-kata beliau dah disalah ertikan. Kelakar nya....   


From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 24, 2011 9:53:37 AM
Subject: Re: RG09... Eskay: 'Saya dalam video itu'

Dia tu orang Islam ke?
Kalau dia mengaku begitu apa tindakan mahkamah syariah?
Jabatan Agama Islam tolong ambil tindakan sewajarnya.
Bukan benda main-main ni.
 
 



From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; ReSpeKs2008 <respeks_group@yahoogroups.com>; blalang_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, 24 March, 2011 0:44:41
Subject: RG09... Eskay: 'Saya dalam video itu'

Eskay: 'Saya dalam video itu'
Jimadie Shah Othman
Mac 23, 11
4:59pm
Kongsi 3051
"Saya dalam video itu".

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

NONEShazryl (kiri) yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini (merujuk pada) trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA.

Sahabat setiakawan

Shuib bagaimanapun tidak hadir.

Ditanya mengenai siapakah Datuk T yang sebelum ini dilaporkan masuk mengambil jam yang didakwa milik Anwar dalam bilik hotel, tempat adegan itu didakwa berlaku, Shazryl mengakui orang itu adalah dirinya.

NONEBercakap dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara petang tadi, Rahim mendakwa mereka bertiga - yang disifatkan sebagai "sahabat setiakawan" - tampil mendedahkan video itu kepada media memandangkan Anwar merupakan pemimpin tinggi dalam politik negara.

"Dia pemimpin tinggi, hendak jadi PM. Jadi kita mesti lihat akhlaknya," kata Rahim sambil mendakwa cuma mahu menegakkan kebenaran.

Walaupun memperoleh video itu kira-kira dua minggu lalu, mereka berkata hanya menayangkannya kelmarin kerana baru menemui tempat yang sesuai, dengan mempertimbangkan aspek "keselamatan".

Shazryl mengakui menyimpan video "tunggal" itu anakala Rahim pula mengaku menguruskan tempat tayangannya di sebuah hotel mewah di ibu negara.

p/s: hoiii..umno! hampa dah melampau! NAS ISMA, nasihat la sikit taktik kotor politik spt ini yg coba dimainkan oleh pemimpin hampa...dah teruk sangat...tak takut ka anak2 hampa nanti ikut perangai mcm ni??? nasib baik datuk JO tak makan rasuah, alhamdulillah kpd ALLAH yg telah menunjukkan kebenaran dan menanam kesedaran ke dalam hati manusia!

fuhh...dahsyat fitnah politik yg hampa reka ini..
TAK TAKUT TUHAN KA WOIII???

TAK TAKUT NURAKA KA WOII!

TAK TAKUT AZAB KUBUR KA WOII!

TAK TAKUT MUNGKAR NAKIR KA WOI!

KA HAMPA MMG DAH LANGSUNG TAK PERCAYA PD AGAMA DAN TUHAN?

ahh...rakyat's...perhatikanlah semua ini baik2...dan bertindaklah dgn bijak...

--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.



No comments:

Post a Comment