Monday, March 28, 2011

Re: RG09... Kenapa Erma dirai begini?

 

 
 

Mengundang bala.. Golongan ni semakin mendapat banyak ruang dalam 'bidang seni'. Semakin hari semakin terserlah sikap 'over' mereka.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaaan Allah ta'ala, mudah-mudahan mereka selalu ingat" ( Al-A'raf : 26 )

Allah s.w.t. telah memberi peringatan dengan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat: 160-175.

Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta, Zaiton Mohd Jiwa.
 
Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap.
 
 
 


--- On Mon, 28/3/11, lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg> wrote:

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Subject: Re: RG09... Kenapa Erma dirai begini?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, 28 March, 2011, 6:44 PM

 
mereka nak ajak erma kembali ke pangkal jalan....?????
heheeehheeee.... umum mengetahui erma sewaktu di pangkal jalan dan erma kini....
kalau berjaya boleh buat majlis yang serupa untuk wardina, atau kalau berani buat juga untuk Raihan, Hijaz, Rabbani... heheeee...
 

From: MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK <mohamed_johari@silterra.com>
Sent: Monday, 28 March 2011 16:27:11
Subject: RG09... Kenapa Erma dirai begini?

 
bala bencana is on the way..!!


From:
Sent: Mon 3/28/2011 09:11
Subject: Kenapa Erma dirai begini?

 
 
 
 
 
 
ARKIB : 27/03/2011

Kenapa Erma dirai begini?

Oleh Nabila Mohd Yusuf

Antara tarian berunsur lucah yang di persembahkan pada majlis sambutan hari jadi Erma Fatima, baru-baru ini.


BERTUAH betul mereka yang bergelar artis popular dan memiliki ramai rakan-rakan baik. Sambutan hari jadi pun dirai secara mengejut sebagai tanda sayang kepada artis tersebut. Contohnya, baru-baru ini majlis hari jadi penuh kejutan diadakan untuk pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima.
Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta, Zaiton Mohd Jiwa.
Namun apabila gambar-gambar sekitar majlis itu tersebar di Internet, banyak yang tepuk dahi. Masya-allah kata mereka. Macam ada yang tidak kena dengan majlis itu, walaupun suasananya meriah, glamor dan penuh kemilau.
Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.
Lebih menjengkelkan apabila terdapat seorang maknyah seolah-olah mempersenda agama Islam apabila dia yang bertindak sebagai pengacara majlis memakai tudung tetapi berbaju ketat. Apa perlunya maknyah memakai tudung kalau bukan mempersendakan wanita-wanita Islam?
Siapa yang tidak kenal Erma Fatima? Pelakon dan pengarah yang semakin giat dengan aktiviti yang menjurus ke arah keagamaan menerusi drama dan teater.
Sesuaikah menampilkan persembahan lucah oleh maknyah kepada Erma dan tetamu yang hadir? Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap.
Apa yang pasti, penganjuran majlis tersebut bertentangan sama sekali dengan imej Erma yang memperjuangkan karya berunsurkan Islam di negara ini. Tahun lalu, Erma mementaskan muzikal Antara... sempena menyambut Maulidur Rasul. Erma juga pernah tampil dengan teater muzikal Sirah Junjungan dan dia meneruskan dakwahnya menerusi musim kedua Sirah Junjungan yang diberi nama Tahajud Cinta.
Menerusi teater Natrah pula akhir tahun lalu, Erma puas bertungkus lumus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan teater itu mempunyai elemen merosakkan akidah.
Bertentangan
Drama Tersasar Di Jalanmu membuktikan dirinya sebagai Pengarah Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2009 (ASK2009). Namun majlis hari jadi itu sama sekali bertentangan dengan apa yang Erma perjuangkan selama ini dan ini sepatutnya dilakukan kepada Erma.
Jika ingin juga menampilkan golongan maknyah, kenapa tidak menyaran mereka muncul dengan sopan dengan menerusi tarian berjoget, zapin atau pun setidak-tidaknya berkoir.
Barangkali ada masih menyokong persembahan lucah itu dengan berpendapat diadakan di lokasi tertutup dan dianggap "majlis persendirian". Namun dengan kehadiran ramai tetamu yang pelbagai umur dan status, apakah persembahan itu perlu "dihalalkan"?
Dalam pada itu timbul persoalan kenapa Erma tidak meninggalkan majlis yang bertentangan dengan "dakwah"nya selama ini? Erma wajar menjauhkan diri daripada disekutukan dengan majlis yang boleh menjatuhkan imejnya.
Adakah Erma tidak berani membuat keputusan yang mengguriskan hati penganjur dan mengorbankan prinsip seperti dalam karya-karyanya? Adakah Erma sanggup meletakkan dirinya setaraf dengan majlis berunsur lucah itu? Rasanya biarlah hati penganjur terguris asalkan masyarakat percaya bahawa Erma benar-benar mengajak orang menuju kebaikan. Erma kena berdakwah terlebih dulu kepada orang-orang yang dekat dengannya seperti penganjur majlis ini sebelum berdakwah kepada masyarakat.
 
"Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary."
 

CONFIDENTIALITY POLICY:

 

THIS E-MAIL AND ANY ATTACHMENTS SENT WITH IT ARE STRICTLY CONFIDENTIAL AND PROPRIETARY TO SILTERRA MALAYSIA SDN BHD, AND ARE INTENDED SOLELY FOR THE ADDRESSEE OR ENTITY TO WHOM THEY ARE ADDRESSED. IF YOU ARE NOT THE INTENDED ADDRESSEE OR PERSON RESPONSIBLE FOR DELIVERING THIS E-MAIL TO THE INTENDED RECIPIENT, YOU MUST NOT READ, COPY, FORWARD OR DISTRIBUTE IT OR TAKE ANY ACTION IN RELIANCE THEREON.  PLEASE INFORM THE SENDER IMMEDIATELY IF YOU RECEIVE THIS E-MAIL IN ERROR, DELETE THIS E-MAIL FROM YOUR SYSTEM AND DESTROY ALL COPIES OF IT - ANY USE, DISCLOSURE, FORWARDING OR PRINTING OF ITS CONTENTS IS STRICTLY PROHIBITED.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment