Sunday, March 13, 2011

Re: RG09... Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

 

terima kasih,

selalunya, fakta-fakta terkandung dalam memoir saling bercanggah antara satu sama lain.
dan harus diingat juga, memoir bukanlah satu catatan rasmi tetapi luahan peribadi yang tertakluk kepada rasa dan persepsi penulisnya
tetap jua yang tepat adalah minutes, laporan rasmi, hansard dsb. yang, di Malaysia ini selamanya adalah P&C.
disitulah fakta benarnya tersembunyi.

mungkin selepas satu tempoh masa, segala dokumen itu otomatik declassified
ini lebih telus



From: Nas Isma <angahku_01@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, March 13, 2011 11:36:50 AM
Subject: RG09... Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

 

Nothing new about this story... Dr M menuduh, Ku Li nafi... Dr. M kata begitu begini, Anwar pula nafi.. depa berdua ni sebenarnya seteru politik sejak mula... Anwar ambil alih tugas Ku Li untuk menumbangkan Dr. M selepas Tun Ghafar kalah Timbalan Presidenj UMNO 2003. Apa pun Memoir Mahathir terbaru elok dibaca... Baca baru nilai selepas rujuk sumber sahih yang lain... Apa-apa pun apa yang berlaku pada Dr. M, Ku Li dan Anwar dan banyak lagi pelaku politik Melayu dah jadi sejarah... Sekarang zaman transformasi... zaman muhasabah diri... Tak perlu gaduh2 lagi nak rebut kerusi panas... buat kerja, kerja dan kerja untuk diri dan keluarga...
 

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, March 13, 2011 6:49:21 AM
Subject: RG09... Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir



Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

March 12, 2011

KUALA LUMPUR, 11 Mac


— Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.


Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

"Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah.  Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.


Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.


"Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.


"Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu."

Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.


Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.


Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.


"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment