Saturday, March 12, 2011

Re: RG09... Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

 

Pada hakikatnya bila berlaku kekecohan di antara kelompok yang sama bahawa krisis perang dingin ini pasti berlanjutan dan pertikiaan terus bergolak hingga ke peringkat akar umbi .. Maka di sini peluang terbuka luas untuk menjalankan kempen mencari 'personal gain' tanpa memperdulikan prinsip parti iaitu politik wang! Demikianlah terjadi sehingga ada jawatankuasa bertindak di peringkat pusat menjadi mahkamah. Rekod terkini ada menyebut nama ketua pemuda dan seorang ketua menteri... Bahawa taktik kotor sebegini sudah menjadi permainan tradisi golongan opportunis selagi ada ruang untuk bernafas...

Bayangkan apa yang berlaku apabila semua pemegang jawatan parti masih mengikut cara orthodok sejak dulu..terus kekal selagi mahu! Patutkah pula anda merasa hairan nanti kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kekal no:2 selagi Dato' Sri Najib Tun Razak belum puas menjadi PM sehingga melampaui 2020?!

Kasihan Ku Li yang bersuara lantang sekali sekala namun kedudukannya yang semakin tersisih tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pemerhatian umum-- kecuali jika beliau bercakap di atas platform pihak pembangkang...Penat sahaja bertegang leher, erm, apa kata kalau Ku Li sendiri sudi menulis sebuah buku? Inilah satu-satunya hasil karya putera raja Melayu tulen yang sepatutnya layak menjadi penasihat kepada Raja-Raja Melayu...  Biarlah jodolnya pun hampir sama tetapi tidak serupa, "A Young Prince In The Palace"?!

Apa pun biarlah rakyat sahaja yang menjadi hakim dan memberi penilaian sendiri terhadap fakta kebenaran hasil luahan Dr M dan Ku Li nanti...

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, March 13, 2011 6:49:21 AM
Subject: RG09... Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

March 12, 2011

KUALA LUMPUR, 11 Mac


— Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.


Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

"Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah.  Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.


Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.


"Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.


"Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu."

Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.


Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.


Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.


"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment