Monday, March 14, 2011

Re: RG09... Lawak yang sangat kurang ajar

 

" Rakyat malaysia,kalau bab salah orang lain memang pandai, kononnya prihatin dengan Negara luar.. Hakikatnya dalam Negara sendiri tak pernah membantu kalau Bantu pun hanya berckp tak behenti.nak derma rm1 utk org buta pun susah.so tak hairan rakyat malaysia tidak mengenang sejarah dlm negara Dan luar negara & tidak faham seseorg berkarya... "


Sent from my iPhone

On Mar 14, 2011, at 10:54, mas wira <maw_952@yahoo.co.uk> wrote:


Lawak yang sangat kurang ajar


Assalamualaikum WBT,

Tindakan kartunis Zoy dari Berita Harian melukis gambar diatas adalah satu perbuatan biadap dan kurang ajar disaat warga Jepun sedang mengalami situasi yang cukup kritikal ketika ini.

Kesan gempa bumi yang tidak akan dilupakan oleh mereka sepanjang hayat, disusuli pula dengan tsunami yang meranapkan apa sahaja dilaluannya, dan kemudian kebocoran loji nuklear yang mengancam mereka yang terselamat pada masa ini.

Walaupun Berita Harian telah memohon maaf , akan tetapi begitu mudahkah nak kita maafkannya. Esok buat salah minta maaf lagi. Apa nak risau. Rakyat Malaysiakan pemaaf.

Berita Harian satu nama yang besar bagi Malaysia, dan perbuatan ini seperti direstui oleh seluruh rakyat Malaysia pada pandangan rakyat negara luar khususnya rakyat Jepun. Jadi, satu tindakan lebih tegas perlu diambil keatas mereka yang bertanggungjawab sehingga tersiarnya ilustrasi terbabit di akhbar perdana negara.

Mohon rakan pembaca mengundi apa tindakan sesuai dikenakan keatas semua mereka yang terlibat ini. Undian ada dibahagian atas blog ini dan akan ditutup pada 15 Mac 2011 jam 8.00 pagi. Kerjasama anda sangat dihargai. Terima kasih. 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment