Thursday, March 10, 2011

Re: RG09... PAS Kelantan Kekal Haram Judi

 

umno boleh wat ke kat negeri depe???
dah berpuluh tahun  memeintah......
masih beri 1001 macam alasan
agaknye ini yg dikatakan Islam keturunan!!!!



From: Enri <enri@miesb.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 10 March 2011 15:13:29
Subject: RE: RG09... PAS Kelantan Kekal Haram Judi

 

SYUKUR… BESAR LAH HARAPAN UMAT ISLAM MALAYSIA AMNYA SUPAYA PAS BERDIRI TEGUH DGN PENDIRIAN MULIA ITU…

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of lebai gadget
Sent: Tuesday, 08 March 2011 7:32 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... PAS Kelantan Kekal Haram Judi

 

 

Alhamdulillah

On 7 Mar 2011 22:48, "Mat Susu" <faruqi2001@yahoo.com> wrote:
> PAS Kelantan Kekal Haram Judi
>
> KOTA BAHARU, 7 Mac (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan
> pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di
> negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman
> tersebut.
>
>
> Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri,
> Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan
> keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh
> penganutnya.
>
>
> Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk datang ke
> Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan
> termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang
> masalah sosial daripada berlaku.
>
>
> Takiyuddin turut mempelawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Anggota
> Jawatankuasa Pusat parti itu, Datuk Ti Lian Ker untuk berdialog berhubung
> pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep.
>
>
> "Kita tidak boleh berkompromi terhadap perjudian yang mana agama lain turut
> mengharamkannya," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
>
>
> Pada 28 Feb lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di
> negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa
> Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini.
>
>
> Ekoran pengharaman itu, Karpal mendesak Kerajaan PAS Kelantan supaya menarik
> balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di
> bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali.
>
>
> Sementara itu, Dr Chua seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini berkata, MCA
> akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya PAS Kelantan masih bertegas
> untuk mengharamkannya.
>
>
> Takiyuddin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menghalang tindakan
> undang-undang MCA dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.
>
>
> -- BERNAMA
> Forum : respeks
> Facebook : respeks
> Weblog : respeks_group
> Weblog higoat : Mr_higoat
> Daftar Ahli Online : Daftar Online
> Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli
>
>
>


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment