Monday, March 7, 2011

Re: RG09... PAS Kelantan Kekal Haram Judi

 

apa yang berlaku di kelantan dan komen serta bantahan pimpinan bukan islam sama ada dari BN atau PR adalah satu bentuk diskusi secara tidak langsung dalam masyarakat,
 
pihak yang mengharam iaitu kjaan Kelantan memberi hujjahnya, sementara penentang boleh mendengar alasan tersebut dari segi aqli dan naqli (walaupun mereka tidak pernah percaya, tak pa)
 
ada hikmahnya jika tidak berlaku perkara seperti ini, maka sampai bila pun bukan Islam tidak faham intipati dan pelaksanaan hukum Islam yang syumul itu
 
so diskusi sebegini harus terus berlaku sebagai cara memberi kefahaman kepada bukan Islam ttg hukum Islam itu sendiri
 
jika hukum Islam itu hanya dibincang kan saje dlm masjid , maka sampai kiamat pun bukan muslim tidak akan cuba memahami hukum Islam dan merasai hikmah dan kebaikannya
 
siiru ala barakatillah
insyaAllah
 
tq

2011/3/8 Mohd Shahrizal Omar <rizal@jvc-jmm.com.my>
 


Like => Jangan jadi lalang, biar ikut resmi padi.
Tapi kena ingat => old habits die hard.

- Rizal -



RE: RG09... PAS Kelantan Kekal Haram Judi

Rosdi Yusop to: respeks_group
03/08/2011 09:25 AM

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

Please respond to respeks_group







 

tunggu apa komen org2 umno



From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of lebai gadget
Sent:
Tuesday, March 08, 2011 7:32 AM
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Subject:
Re: RG09... PAS Kelantan Kekal Haram Judi


 

Alhamdulillah

On 7 Mar 2011 22:48, "Mat Susu" <faruqi2001@yahoo.com> wrote:
> PAS Kelantan Kekal Haram Judi
>
> KOTA BAHARU, 7 Mac (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan
> pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di
> negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman
> tersebut.
>
>
> Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri,
> Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan
> keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh
> penganutnya.
>
>
> Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk datang ke
> Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan
> termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang
> masalah sosial daripada berlaku.
>
>
> Takiyuddin turut mempelawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Anggota
> Jawatankuasa Pusat parti itu, Datuk Ti Lian Ker untuk berdialog berhubung
> pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep.
>
>
> "Kita tidak boleh berkompromi terhadap perjudian yang mana agama lain turut
> mengharamkannya," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
>
>
> Pada 28 Feb lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di
> negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa
> Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini.
>
>
> Ekoran pengharaman itu, Karpal mendesak Kerajaan PAS Kelantan supaya menarik
> balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di
> bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali.
>
>
> Sementara itu, Dr Chua seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini berkata, MCA
> akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya PAS Kelantan masih bertegas
> untuk mengharamkannya.
>
>
> Takiyuddin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menghalang tindakan
> undang-undang MCA dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.
>
>
> -- BERNAMA
> Forum : respeks
> Facebook : respeks
> Weblog : respeks_group
> Weblog higoat : Mr_higoat
> Daftar Ahli Online : Daftar Online
> Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli
>
>
>



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment