Thursday, March 10, 2011

Re: RG09... PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI

 

 
"Anak-anak saya juga tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan, jadi apabila terputus pendapatan mereka terpaksalah pergi sekolah tanpa membawa wang saku".
 
Bacalah kisah sahabat saya ini; inilah sebahagian daripada realiti hidup kami-kami yang bekerja di kilang industri; 10 tahun sekali kami semua pasti berhadapan dgn sakaratul-vss ini, cuma suratan takdir saja yang menentukan siapa antara kami yang berjaya mengharunginya.
 
Kita sama-sama ambil iktibar...
1)Tanpa membawa wang saku - Kalau masa tengah ok ajar2kanlah anak2 bawa bekal
   lebih2 lagi ibu sendiri pandai buat kuih muih & nasi lemak.
2)Sakaratul-vss - Kerja makan gaji jangan bergantung sangat dengan overtime & elaun.
   Intai2 juga peluang pendapatan sampingan semasa syarikat tengah ok. Sakaratul-vss?
   Lain macam aje terma baru ni. Insyaalah tak maut. Ada hikmah yang tersirat & semoga
   bersabarlah menghadapi ujian serta banyak-banyakkanlah berdoa dengan tulus ikhlas. 
   Insyaallah ada rezeki yang lebih hebat lagi & moga-moga anak yang lihat si ibu tu
   bertungkus lumus nak sara mereka tidak mempersia-siakan dia bila mereka sudah boleh
   berdikari nanti.
 
Renungi surah Al-Baqarah ayat 286.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo'a dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
 
 




--- On Thu, 10/3/11, rosli abd ghani <roslighani@yahoo.com> wrote:

From: rosli abd ghani <roslighani@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 10 March, 2011, 11:37 PM

 
Ada kawan kat kedah buat gerai tepi jalan. Katanya selepas PAS pegang senang nak niaga. Majlis tak ganggu macam dulu. Sekarang ada 2 gerai. Ibu tunggal.kat kelantan pun sama. Tapi dalam bandar lain cerita. Kena ikut law..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 9 Mar 2011 17:28:02 -0800 (PST)
To: <undisclosedrecipients>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI

 
Salam Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dimuliakan,

Di bawah ini saya cut & paste keratan akhbar SINAR HARIAN 7 Mac 2011, dan disertakan di bawah berita tersebut yang saya taip semula satu persatu supaya mudah dibaca.

Hati saya jadi amat tersentuh apabila menatap keratan akhbar ini; pertamanya kerana insan yang menjadi berita utama ini merupakan kenalan saya yang terlibat dalam pemberhentian kerja sewaktu musim VSS melanda sektor perkilangan sekitar tahun 2008 dulu, dan yang keduanya kerana rasa terharu yang teramat sungguh bila membaca kisah ketabahan isterinya mencari sesuap nasi penyambung rezeki berhadapan dengan takdir hidup yg tak diundang itu, besertalah pula kisah pihak berkuasa lesen yang entah di mana silapnya dikatakan menghalang si ibu ini meniaga nasi lemak mencari rezeki.

Bacalah kisah sahabat saya ini; inilah sebahagian daripada realiti hidup kami-kami yang bekerja di kilang industri; 10 tahun sekali kami semua pasti berhadapan dgn sakaratul-vss ini, cuma suratan takdir saja yang menentukan siapa antara kami yang berjaya mengharunginya.

Kepada kwn-kwn di Wargakilang, saya bercadang melawat beliau di rumahnya di Kuala Kedah pada weekend ini, sapa-sapa berminat nak pi, sila habag mai. Mungkin di samping menderma utk meringankan beban beliau, kita pula boleh mengambil iktibar untuk kebaikan bersama.

moniermatdin@yahoo.com
9.3.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com

PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI

SINAR HARIAN: 7 Mac 2011

Seorang peniaga di sini bingung apabila operasi menjual nasi lemak dan kuih terpaksa dihentikan sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini, melalui hasil jualan itulah, Rohani Othman, 38 menyara keluarga setelah suaminya Azizan Bakar, 39 disahkan mengidap penyakit radang hati tahun lalu dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Azizan berkata, dia kini bimbang dengan penyakit yang dihidapnya itu kerana jika dibiarkan mampu menjadi barah.

"Doktor sentiasa menasihatkan saya agar segera mendapatkan rawatan kerana bimbang ia merebak tetapi saya tidak berdaya kerana kehilangan punca pendapatan."

"Namun, saya tidak mampu melakukan apa-apa , pendapatan kini hanya mengharapkan kepada isteri (Rohani) yang sekarang tidak boleh berniaga kerana dihalang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)", katanya ketika ditemui di rumahnya di Kg Tok Pasai.

Azizan berkata, walaupun pendapatan menjual nasi lemak hanyalah sekitar RM5 hingga RM10 sehari namun belum cukup untuk menanggung keperluan harian dan persekolahan enam daripada tujuh anaknya.

Menurutnya, dia dan isteri pernah beberapa kali memohon untuk mendapatkan lessen perniagaaan namun permohonan itu tidak diterima MBAS.

Menurutnya, dia kini buntu kerana pihak MBAS tidak menjelaskan apakah alasan permohonan lesennya tidak diterima.

"Saya memang berharap agar MBAS dapat mempertimbangkan permohonan lessen perniagaan untuk isteri saya kerana itu sahajalah punca rezeki kami sekeluarga", katanya.

Bagi Rohani, dia juga berharap agar ada pihak yang tampil membantu dan meringankan bebannya untuk merawat penyakit yang dihadapi oleh suaminya.

Rohani berkata, permohonan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dibuat namun masih belum menerima jawapan.

Menurutnya, pihak JKM pernah membuat tinjauan di rumahnya pada Januari lalu, namun sehingga kini permohonan itu belum diluluskan.

"Anak-anak saya juga tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan, jadi apabila terputus pendapatan mereka terpaksalah pergi sekolah tanpa membawa wang saku"

"Saya sememangnya berharap agar JKM dapat meluluskan permohonan bantuan yang dibuat oleh saya kerana dengan bantuan yang diberikan itu mampu meringankan perbelanjaan saya sekeluarga", katanya.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment