Wednesday, March 9, 2011

Re: RG09... Perempuan pun ada sunat ke?

 

Heee.... betul2 nanti org saman lak kang?  sekarang ni musim saman menyaman tak kita apa pun.  Kwang3

--- On Wed, 9/3/11, Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> wrote:

From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
Subject: RG09... Perempuan pun ada sunat ke?
To: "Respeks" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com, ingatan@yahoogroups.com
Received: Wednesday, 9 March, 2011, 1:14 AM

 

Perempuan pun ada sunat ke?


Assalamualaikum WBT,

"Ayah.. kenapa orang tu puasa? Kan nak raya lambat lagi."
"Angah... mungkin orang tu tengah puasa sunat".
"Ish ayah ni. Orang perempuan pun ada bersunat ke?"
"Eh, bukan yang tu. Itu lain. Tapi dia buat sebab nak dia nak pahala dan Allah sayang dia".

Begitulah melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar dan sentiasa banyak sahaja pertanyaannya. 
Adakalanya pertanyaan-pertanyaan itu membuatkan kita jadi rimas. Kenapa pula kita perlu rimas? 

Kita seharusnya menjawab dan melayan setiap pertanyaan anak-anak kita dengan sabar. Sudah tentu mereka tidak tahu. Sebab itulah mereka bertanya. Dan kita kena berikan jawapan kepada mereka dengan jawapan yang betul kerana jawapan itulah yang akan mereka ingat hingga mereka dewasa. 

Kadangkala ada juga soalan yang diberikan oleh mereka adalah soalan cepumas. Sebagai contoh baru-baru ini, saya sekeluarga pergi makan malam di Tasik Idaman , anak saya yang keduanya seperti biasa memang rajin bertanya. "Ayah, kenapa makcik-makcik tu tak pakai tudung? Dia tak kena seksa kat neraka ke nanti ayah?" . Bagaimana harus saya menjawab? 

Tapi biasanya jawapan-jawapan saya akan memuaskan hatinya dan dia mudah faham. Apa jawapan saya? Tak perlulah saya share disini. Cukuplah saya sebagai guru kepada anak-anak saya. Sebab bukan semua pembaca boleh menerima apa yang kita tulis. Lebih-lebih lagi penulis yang tak berlesen macam saya ni.
 
 



 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment