Friday, March 25, 2011

Re: RG09... Pesanan HAMAS kepada muslim Malaysia

 

sedih membacanya... x banyak cuma 4 hinggit setahun!!! tolong folow up dengan no account pls!! tapi dengan harapan duit tu sampai terus ke Hammas... jangan ada karenah birokrasi pls...  

2011/3/22 garfield cute..... <fazikrina@yahoo.com>
 

Pesanan HAMAS kepada muslim Malaysia

Pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS
di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di
Malaysia pada tahun lalu untuk siri kempen
"Bersama Menyokong Rakyat
Palestin dan kerajaan HAMAS".
Pesanan diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil.

Alhamdulillah,
Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami
telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami
telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta,
anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid
al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat
Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,
kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga
telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian
utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada
60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah
kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?,
hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami
mempertahankan bumi serta masjid kami.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.
Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh,
diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi
perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui.
Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan
komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya
adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin
kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima
pengorbanan kami ini.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika
di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah
menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam
telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup
untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser,
sepertimana saudara-saudara kita di Mesir
dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh
tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah
menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha
pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama
kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah
di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan
perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat
Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju
perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan
sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa
mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan
sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan
meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS,
semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan
utama untuk
memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai
landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli
mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat
Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan
perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid
al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah
janji kami.

Selepas
hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan
HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka.
Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir
bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS.
Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami,
iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin
tingginya perngorbanan.


HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa
berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat
umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di
Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang
sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita
telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang
sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah
kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan
HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta
Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda
tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat
Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang
mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan.
Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang
tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila
memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis
yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi
pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang
meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun
kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga
realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti
kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga
kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji
semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di
Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan.
Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang
bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan
yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan
kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.
Hatta,
persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir
dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa
ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke
atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang
dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang
mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan
kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan
Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri
kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini
akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah
USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat
Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah
dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang
memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup
laluan udara, darat dan
laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis
kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan
sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami
yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami
yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat
Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di
seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak
bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam,
apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara
kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?


Wahai
umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai
umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi
Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk
kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan
kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan
tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan
yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami.
Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan
sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh
bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan
menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada
tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?,
perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami
kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk
melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin
membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,


Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam
perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami
akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami
memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur
syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan
sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas
kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.


Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami
mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda
menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan
rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan
sesuatu.

Kami
juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan
masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk
turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan
akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam
doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan.
Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami
dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama
bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu
itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat
sekali lagi di atas muka bumi
ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment