Tuesday, March 8, 2011

Re: RG09... Politik Baru: Media ke-3

 

Assalam kawan2..
 
Saya baru je join respeks group ni semalam..Maaf jika saya sebagai orang baru dalam group ni  tidak berhak bersuara serta ada menyinggung mana2 pihak..
 
Yang saya nampak respeks group ni lebih kepada unsur politik berbanding unsur2 informatif sebenarnya..Ramai yg mengutuk BN/UMNO/kerajaan secara terang2 dan tidak menghormati pandangan orang lain dengan menggunakan istilah yang kurang sesuai seperti UMNgOk/Beer eNd kerana saya percaya ramai di antara kita yang menyokong kerajaan/BN/UMNO..
 
Bila saya baca balik petikan 'apa itu respeks' dan 'tatacara beremail dalam respeks group" yang dikirim oleh moderator:
 
"Itulah asalnya, dan abi kaitkan dengan tag line " hak dan pandangan orang lain di sini ". Kita ReSpeKs, kita hormat dengan pandangan orang lain. Belajar menerima dan memberi. Menerima pandangan dan memberi pandangan... Begitu boleh??? Walau mungkin pandangan kita berbeza... kita cuba cari titik persamaan. Kerana sebagai manusia pasti ada persamaan dalam setiap perbezaan. Dan titik persamaan itulah yang Insya Allah akan menyatukan kita. Begitulah..."
 
 

                      Sebarang perkongsian ilmu agama, isu semasa dan lawak jenaka adalah dialu-alukan. Kisah masyarakat mahupun politik juga hiuburan juga dibenarkan tetapi dalam keadaan terkawal.

 
 
Bagi saya istilah2 seperti itu tidak boleh digunakan bagi menghormati penyokong2 yang lain kerana saya percaya mereka juga ada pandangan yang berbeza cuma tidak diketengahkan saja..
 
Apa yang penting kita sebagai Bangsa Melayu perlu saling bersatu hati dan bukan saling menjatuhkan antara sesama kaum serta mengagung2kan kaum lain seperti yang sesetengah pihak di luar sana lakukan..
 
Terima kasih..
 
- anak jati melayu selangor -
 

--- On Tue, 8/3/11, Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com> wrote:

From: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
Subject: RG09... Politik Baru: Media ke-3
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 8 March, 2011, 2:52 AM

 
9hb. Mac, 2009 aku mula aktif blogging, masa tu cuma bergantung pada Blogger.com, dekat 100 kali blog aku kena "spam" dekat puaka-puaka UMNgOk/Beer eNd yang masa tu & sampai sekarang tak pandai-pandai nak gunakan kelebihan media alternatif untuk berkempen & mempengaruhi majoriti rakyat Malaysia padahal teknologi ni semua dibawa oleh rejim UMNgOk/Beer eNd.

Bagi aku benda ni biasa la... semua Diktator & orang-orang bodoh pasti ada nasfu serakah "aku nak jadi yang terawal" dalam apa sahaja teknologi terbaru tapi kebiasaannnya "yang terawal" tu lah yang paling bodoh tak pandai nak explore teknologi.

Gah cuma pada label "terawal" tapi praktikal exploration memang fail gila babi.

Zaman politik baru, Facebook, Twitter dah jadi media alternatif yang terlaju dalam menyampaikan maklumat & berhubung tapi masih jugak rejim UMNgOk/Beer eNd jadi yang "terawal' tapi masih gagal untuk explore ke 2-2 media ini.

Biasa la beb... kalau umur pun dah lebih 53 tahun, macam-macam penyakit "tua" melekat.

Hari ni Pakatan Rakyat ada banyak saluran media alternatife tapi dari segi kebebasan media sebenarnya tak pernah wujud sama seperti apa yang berlaku didalam UMNgOk/Beer eNd.

Media UMNgOk/Beer eNd lebih cenderung menyebarkan berita-berita "kebaikan" pimpinan UMNgOk/Beer eNd, manakala media Pakatan Rakyat juga berada dalam situasi yang sama, boleh dikatakan 100% menyebarkan berita-berita "kebaikan" pimpinan Pakatan Rakyat.

Kebebasan bersuara hanya jadi amalan pengamal media yang benar-benar bebas & tidak terikat dengan mana-mana parti politik. pengamal media yang bebas yang benar-benar bebas kebanykannya bukan "orang atas pagar" macam aku, tapi lebih cenderung juga pada parti politik tapi dalam perjuangan yang berbeza iaitu perjuangan rakyat.

Untuk pasca PRU-13, aku namakan media ini sebagai Media ke-3 atau dalam bahasa "mi no spik inglish"nya ialah - 3rd Voice.

Media-media yang dipengaruhi parti-parti politik pada masa ini mengalami penurunan hits, jualan akhbar seperti Harakah & Suara KeADILan menurun dengan agak drastik, media yang lebih bebas seperti Sinar Harian yang lebih bersifat terbuka menjadi bahan bacaan semua peringkat umur.

Ramai yang tak perasan akan hal ni sebab mungkin ramai yang "perasan" atau "syok sendiri".

Untuk hari ni aku tak nak ulas panjang-panjang. kita layan dulu 1 lagi media baru, Radio DurianFM.com... klik pada gambar dekat atas... nanti aku sambung yang seterusnya...



--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 3/08/2011 06:32:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment