Thursday, March 10, 2011

Re: RG09... Zina? Rogol? Ragut? Bogel?

 

Salam,
 
Mungkin satu cara hidupkan kumpulan usrah rumah ke rumah seminggu seakli ajak anak anak muda untuk join sekali. Sebab manusia dijadikan pelupa maka perlu diingatkan selalu, biarpun benda yang sama jika diulang setiap hari pasti ada kesan di hati.
 
Hati perlu dijinakan untuk mengukuhkan Islam dan Iman. jika tidak mampukah kita di saat ini memestikan anak cucu kita di jauhi dari terjerumus dgan musibah ini. YaAllah Jauhkan lah kami istri-istri dan anak pinak kami dari fitnah manusia, dajjal dan jin yang sentiasa mengintai mencari peluang, Ya Allah ampunilah kami semua.


From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 10 March 2011 8:42:06
Subject: RG09... Zina? Rogol? Ragut? Bogel?

 

Zina? Rogol? Ragut? Bogel?

Assalamualaikum WBT,

Pagi-pagi dah keluar tajuk yang siap ada tanda soal. Banyak pulak tu. Sebenarnya saja nak mengheret tuan/puan semua sama-sama berfikir apa punca permasalahan diatas.

Perzinaan yang akhir-akhir ini bagaikan satu kebiasaan sesetengah pasangan. Kejadian rogol yang tiada noktahnya hingga ke hari ini. Kes-kes ragut, curi, pecah rumah dan seumpamanya yang boleh kita baca setiap hari diakhbar-akhbar. Berpakaian tapi bogel dimana-mana sahaja akan kelihatan. 

Semua masalah ini adalah berpunca dari kelemahan Iman. Iman yang lemah akan menjadikan seseorang itu dengan senang lenang melanggar larangan Allah SWT. Iman yang kuat akan dapat menjadi benteng kepada berlakunya perkara-perkara diatas dan perkara-perkara lain yang ditegah oleh Allah SWT. 

Dengan iman yang kuat, untuk laksanakan perintah Allah akan jadi mudah dan rasa kemanisannya. Tapi dengan iman yang lemah, untuk laksanakan perintah Allah akan jadi susah dan terasa berat serta tidak merasai kemanisannya. Tetapi dengan iman yang lemah, kecenderungan hati untuk melakukan perkara yang ditegah Allah SWT menjadi manis.

Inilah perkara paling utama yang perlu diselesaikan. Ceramah-ceramah serta bahan-bahan bacaan sahaja adalah tidak mencukupi. Dengan iman yang lemah manakan mungkin mereka berminat untuk mendengar ceramah ataupun membaca perkara berkaitan untuk menguatkan iman. Jadi, usaha untuk menguatkan iman perlu dilakukan. Artikel ini dan ini mungkin dapat membantu kita bagaimana hendak menguatkan iman. 

Sudah tentu cara yang terbaik adalah seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan menjadi amalan para sahabatnya iaitu jalan dakwah. Dan itulah maksud dakwah yang sebenar. Dakwah adalah untuk menguatkan iman sendiri. Bila iman kuat, maka akan datang kemanisan untuk menjaga solat, mendapatkan ilmu, menjaga zikir, memuliakan sesama Islam yang lain dan lain-lain perkara yang bertentangan dengan kehendak nafsu. 

Tahap iman manusia ada lima dan sejauh mana iman yang ada dalam diri kita, kita boleh ukurnya sendiri. Mafhum satu hadis 

"Siapa diantara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasannya), jika dia tidak sanggup, maka dengan lisannya (menasihatinya), dan jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya(merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman". (HR Muslim).
 
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment